Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2014

Ya Allah

Assalamualaikum... Apa khabar? Bersempena hari Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam ini, aku sharelah puisi nukilan aku... Tiba-tiba dalam hati ini, terbit rasa keinsafan yang mendorong aku mencipta puisi ini, mungkin ajal dah dekat kot? Maaf, saya gurau sahaja.. Taklah, mungkin Allah saja nak mengingatkan aku supaya jangan tumpu kepada dunia sahaja.. Duniakan satu pembohongan... Dan kita yang merupakan makhluknya hanyalah pelakon.. Ya Allah... Ya Allah, Betapa aku sedari, Kerdilnya diri ini, Hinanya diri ini... Kerana, Diri ini sering meninggalkan perintah-Mu, Sering melanggar larangan-Mu, Tidak selalu mengingati-Mu... Ya Allah, Pantaskah aku menduduki Jannah-Mu? Pantaskah aku menemui Rasul-Mu? Dan pantaskah aku menemui-Mu? Kerana, Diri ini lebih mengutamakan dunia, K-pop, muzik dan gaya barat sebati dalam diriku, Hiburan, cinta kepada manusia tertanam dalam dadaku...