Malam ni tetiba berminat pulak nak mencari info about Turki. Ala, negara yang terkenal dengan Sultan Muhammad al-Fatih tu.. Selama ni ada jugak terfikir nak letakkan Turki ni sebagai destinasi yang ingin dilawati besides Mekah and Madinah. Sebab apa? 1. Sebab aku nak melawat Hagia Sophia or dikenali jugak dengan nama Aya Sophia. Dulunya, Hagia Sophia ni merupakan gereja pada zaman kerajaan Byzantine and kemudiannya, selepas Sultan Muhammad al-Fatih menakluk Constantinople, Hagia Sophia dijadikan sebagai sebuah masjid. Kini, dikenali sebagai muzium. Cantik kan? 2. Sebab aku nak melawat Blue Mosque and Topkapi Palace. Best kan kalau dapat melawat ke tempat sejarah Islam? Interiors of Blue Mosque Istana Topkapi 3. Sebab ada banyak makanan yang sedap-sedap di Istanbul. Cakaplah apa pun, ada kebab, sandwich ikan. And FYI, susah nak jumpa seafood lain selain ikan di sana. Oh, ya? Lokum jangan dilupakan. ...
Diary of A Brokenhearted Girl