6 months already. Lagi beberapa hari mencecah 7 bulan aku come clean tanpa self-harm dan overdosis ubat. Bersih. Mungkin juga ini yang dirasakan oleh penagih dadah bila dapat capai pencapaian bebas dadah, walaupun cuma sebulan. Hari ini makan ubat batuk sebab dah kembali batuk. Dan buat pertama kali setelah sekian lamanya, aku terasa bagai di awangan, sebiji macam yang aku rasa setiap kali mengambil ubat anti kemurungan. Tahun 2023, banyak betul pengalaman baru, pahit. Masuk wad psikiatri seminggu, itu antara pengalaman yang paling tak boleh lupa. Kenal macam-macam orang daripada pelbagai latar belakang. Terkurung dalam wad yang umpama penjara bagi orang luar. Hari-hari menyaksikan pesakit skizofrenia, bipolar disorder, dan pesakit psikosis punya ragam. Mujur ada jururawat yang jadi peneman, dan rakan-rakan yang masih berpijak di bumi nyata, kalau tidak, agaknya aku pun turut serta sekali bog*l depan CCTV. Dan aku baru tahu yang babak renjat elektrik pada otak pesakit ...
Diary of A Brokenhearted Girl