Sedih hati ini tatkala melihat seorang gadis berniqab meng- upload sekeping foto dengan aksi yang kurang ‘cantik’ untuk tatapan mata lelaki bukan mahram di Facebook , satu laman sosial yang cukup terkenal. Pedih kembali apabila mengingatkan diri ini yang hanya bisa menatap matanya yang galak dan bundar kerana wajahnya ditutupi itu juga tidak mempunyai jalinan ‘friend’ dengannya, apatah lagi yang lain. Terutamanya kaum Adam yang mungkin tidak semua menguatkan hati agar menundukkan pandangan daripada terus menatap mata cantik itu. Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil. Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus ‘berbunyi’ di belakang. Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara seakidah. Maka dengan itu, b...
Diary of A Brokenhearted Girl