Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Aku, Sang Pecundang.

Aku, sang pecundang. Aku, orang yang kecundang. Mengapa? Aku kecundang  Kerana kalah dengan nafsu. Yang membawa kepada tercetusnya kemungkaran. Aku kecundangan Kerana terpedaya dengan bisikan Azazil. Yang membawa kepada kebinasaan. Aku menjadi hairan. Mengapa Allah masih lagi sudi memberi nikmat Kepada aku yang memiliki iman senipis kulit bawang ini? Aku menjadi pelik. Mengapa aku masih ditempatkan dengan  Rakan2 dan orang2 yang baik Meskipun aku ini sang pendosa tegar? Pelik pelik. Hairan hairan. Air mata. Usah lagi dikata. Semakin lebat menuruni pipi. Mata. Usah lagi kau bahaskan. Pedihnya bukan main kerana menangis untuk setiap dosa yang dilakukan. Tetapi , Mengapa aku masih lagi kalah dengan nafsu? Mengapa aku masih lagi tewas dengan Azazil? Mengapa? Mengapa? Arggghhhhh! Untuk rakan2 dan kenalan, Maafkan diri ini kerana menjadi sang pecundang. Walaupun, kalian melihat daku...

Perfect?? #Renungan

Apa khabar? Adakah semuanya baik-baik sahaja? Kau patut bersyukur tau kalau semuanya baik je. Bersyukur atas apa yang Allah anugerahkan kepada kau. Sebab yang lain, mungkin nasib mereka tak sebaik kau. Mungkin ada yang lebih teruk daripada kau. Kau sepatutnya bersyukur, bukannya merungut. Allah memang sangat adil. Ok, demikianlah tazkirah selepas Isyak ni. Ok, berbalik kepada tajuk asal. Perfect. Sempurna. Perfecto. Wanjeonhan. Parfait. Doskonaly. Amboi, banyak sangat terjemahan sempurna ni. Terus - teranglah, perfect ni hanya untuk Allah je. Bukan untuk manusia. Dekat sekolahlah, budak lelaki keep on saying that Sarah, Huwaidah, Syikin, Zue and I adalah The Perfect Gang. Siap tulis lagi nama kami atas whiteboard kelas. Siap tulis lagi gelaran kami. Sarah (Marvellous), Huwaidah (Ultra Perfect),  aku (Ultimate Perfect), Zu (Grand Perfect) and Ikin - aku tak ingat. Aku tak suka! Aku tak suka memandangkan ak...

Angan - angan Cuma...

Angan-angan, Hanyalah  fantasi nan indah. Angan-angan, Hanyalah rekaan minda. Kenapa aku perlu berangan-angan? Walhal aku tahu, Walhal aku sedar, Bahawa angan - angan itu cuma khayalan minda. Angan-angan itu cuma  sesuatu yang tidak wujud. Yang mungkin akan berlaku. Dan berkemungkinan tidak akan berlaku. Aku cuba mengusir angan-angan ini, Tetapi, m alangnya.. Ia susah! Ia sukar! Angan-angan, Usahlah kau dan aku percaya kepadanya.. Angan-angan, Cuma penipu besar. Angan-angan, Cuma pendustaan belaka. Angan-angan, Cuma kebohongan nan nyata! -Nisa-

Kata

Kata - kata, Boleh dikarang menjadi puisi nan indah. Kata - kata, Boleh diucapkan tika ingin sokongan manusia. Kata - kata, Boleh diungkapkan kala ingin menghibur hati nan walang. Namun, berjaga-jagalah. Kata-kata, Bisa menimbulkan bibit - bibit dendam. Kata - kata, Bisa membuahkan perasaan benci. Kata - kata, Bisa mengguris hati manusia nan rapuh. -Nisa-

Hati

Kau pernah tak dengar rambut sama hitam TAPI hati lain - lain? Pernah kan? Pernah kan? Ya, frasa itu sangat tepat! Hati manusia sukar diteka. Hati manusia sukar dijangka. Wajah, ekspresi mungkin bisa menipu. TETAPI Hati tidak bisa menipu. Apa kau rasa kalau tahu ada orang mengumpat mengenai kau? Marah bukan? Bohonglah kalau kau katakan  Bahawasanya kau tidak marah Kerana fitrahnya manusia pasti akan berasa demikian Biarpun sedikit. Kau mungkin bisa menipu pandangan  manusia dengan wajah. Kau mungkin bisa menyelindungkan perasaan kau dengan ekspresi kau. Tetapi ketahuilah! Hati kau tidak bisa menipu. -Nisa-

Sihat

Kaifa imanukum? Bagaimana iman mu? Apa khabar? Alhamdulillah... Kita ni perlu bersyukur tau kalau sihat. Sihat ni kurniaan Allah. Apabila sihatlah, kita dapat beribadah dengan sempurna. Cuba kalau sakit? Haa, sendiri fahamlah... Mesti tak dapat nak beribadah dengan sebaiknya. Ingat, sihat ni anugerah Allah. Manfaatkanlah anugerah Allah ini dengan sebaiknya. Banyakkanlah mengingati Allah kerana dengan mengingati Allahlah hati  menjadi tenang.  Firman Allah dalam surah ar - ra'd ayat 28... Maksudnya:  "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Kalau hati tak tenteram, maka jiwa akan sakit. Haa, sakit ni lah yang akan lead kepada penyakit - penyakit. In whatever you do, please remember Allah. Jangan bila masa sakit, barulah nak merangkak cari sejadah, nak mohon ampun. Masa tu, segala - galanya terletak dalam kekuasaan-nya. Ak...

Life #SuaraHati

Kau tahu tak apa yang dimaksudkan dengan "life"? Ya, ia bermaksud hidup. Aku faham kenapa life aku berbeza daripada orang lain. Aku faham mengapa aku menjadi insan terpilih untuk mengharungi episod duka hidup ini. Sebab Allah tahu aku kuat. Sebab Allah tahu kalau aku selalu gembira, Aku jadi lupa diri. Aku lupa pada Allah. Aku lupa pada Rasul-Nya. Aku lupa pada keluarga. Dan yang paling aku takuti, Lupa kepada pegangan .

Zikir

How's iman? Bertambah ke berkurang? Kalau bertambah, alhamdulillah. Kalau berkurang, hmm kena check. Ada benda yang tak kenalah tu. Apa itu zikir? Zikir ni berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu Ø°ÙƒØ± yang bermaksud ingat. Dari segi istilah zikir ni ialah  mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati. Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Apa contoh zikir? - Alhamdulillah - Subhanallah - Allahu akbar - La ilaha illallah Itu merupakan contoh zikir yang paling koman. Kenapa umat Islam ni dianjurkan berzikir? Firman Allah dalam surah ar-Ra'd, Maksudnya:  "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia...

Kau Tidak Sempurna... #Tazkirah

Setiap manusia tidak sempurna. Even golongan yang nampak baik pun tidak sempurna. Pasti ada cacat celanya. Kerana itulah ciri - ciri manusia. Kerana ketidaksempurnaan itulah, Manusia dicipta untuk saling melengkapi. Untuk menampung lompong - lompong yang ada. Untuk menasihati sesama lain, bagi menutup cela yang ada. Oleh itu, belajarlah untuk menerima seadanya, setiap teguran yang diberi. Pandanglah kata - katanya. Janganlah memandang pada si pemilik kata. Kerana si pemilik kata pun bukanlah sempurna. Andai dunia ini memerlukan orang yang sempurna, Nescaya dakwah pun tidak terjalan. Manusia menjadi berantakan sana - sini. Nauzubillahi min zalik. Untuk memperbaiki diri, Nasihatku ialah: " JIKA MAHU MEMPERBAIKI DIRI, BELAJARLAH UNTUK MENERIMA KEKURANGAN DIRI. KERANA KAU TIDAK SEMPURNA. BELAJARLAH MENERIMA NASIHAT WALAUPUN NASIHAT ITU DATANGNYA DARI GOLONGAN YANG KURANG ILMUNYA. KERANA ILMU HIKMAH WALAUPUN SEDIKIT ADALAH LEBIH BAI...

Dosa... #Tazkirah

Dosa... Semua orang melakukannya... Semua orang tidak terlepas darinya... PERCAYA ATAU PUN TIDAK, SEDAR ATAU PUN TIDAK, once kita buat dosa, kita akan melakukan dosa yang seterusnya. Lepas kita buat dosa yang seterusnya, akan ada lagi dosa yang dilakukan. Contohlah, your mom suruh solat Maghrib, and yeah kau pergi bilik...  Duduk lama - lama dalam bilik tu selama sejam. Selama sejam tu kau bukannya solat pun. Chatting dengan girl/boyfriend sampai tak ingat dunia. Satu dosa kau dah buat -> Tak solat. Lepas tu, kau keluar bilik. Your mom tanya, " Dah solat?" Kau pun jawab, " Dah." Satu dosa lagi! -> Menipu. Hmm, I'm not saying I'm perfect. But sama - samalah kita ni saling ingat mengingati. Dosa, memang sukar untuk dihindari. Manusia mana yang tak buat dosa? Cuba tunjuk sikit! Kalau ada, tu semua propa~ Tapi, aku harap once kau buat dosa, kau cepat - cepat tersedar. Cepat - cepat tau...

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita #Tazkirah

Nak sharelah kan mengenai apa yang patut muslimah jaga. At least, korang boleh tahu... *peace* 1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.) 2. Kaki dah semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah …. 3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah...

Cerpen: Luqman

Dari kejauhan, Luqman terdengar sayup - sayup suara orang menahan kesakitan. Lalu, dengan senyap dia menghampiri tempat di mana suara itu datang. Dari balik dinding, dia dapat melihat seorang pelajar junior, Adam yang dipukul oleh Hareez dan gengnya yang merupakan pelajar nakal di sekolah berkenaan merangkap rakan sekelasnya. Spontan dia keluar dari balik dinding itu, menampakkan dirinya. “ Alahai, dak - dak *BADAR dah sampai dah. Apa lagi ceramah yang kau nak bagi kat aku?” perli Hareez sebelum disusuli tawa ahli gengnya yang lain. “ Hareez, bukannya nak interrupt kau punya urusan but kenapa kau pukul Adam? Tak baik berbuat zalim kepada orang lain, Reez,” tutur Luqman dengan lembut. Baginya, kelembutan ibarat air dan air pula senjata yang ampuh bagi memadamkan api. Kerana kelembutanlah, Islam diterima dalam kalangan bangsa Quraisy dan seterusnya tersebar dengan meluas, bermula dari zaman Rasulullah hinggalah kini. Itulah yang cuba Luqman terapkan setiap hari. ...