Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Dan Aku Nukilkan Di Sini Sebagai Memorabilia

Kabare? Waras, alhamdulillah. Ceh, sendiri tanya, sendiri jawab. Nak cerita sedikitlah, hari ini hari ke-4 kuarantin kat F1 sebab jadi kontak rapat hahahaha. At first tu rasa okay je sebab aku lagi lah suka duduk seorang kan. Tapi lama-kelamaan, ada rasa terpenjara dan yang paling penting, rasa lonely. Trigger lonely nilaa bahaya untuk aku sebab aku boleh berfikir macam-macam. Dr kata bila aku start nak fikir benda pelik-pelik, kenang muka ibu. Tapi dalam kes aku, makin ku kenang, makin ku sedih. Jadi, benda tu jadi lebih kuat trigger aku untuk buat benda pelik-pelik. Rabu lepas, aku dah terfikir nak terjun tingkap. But, sebelum aku berjaya setup kawasan, roommate aku masuk. Aku tak sampai hati nak tengok dia terkejut.  Berjam-jam lamanya aku menangis di situ sambil peluk tingkap, yalah, nak sangat terjun masa tu. Alhamdulillah, berjaya ditenangkan oleh roommates yang baik hati. May Allah bless them. Dan semalam, aku kecundang lagi. Aku menangis untuk berjam-jam lamanya. Bayangkan ...

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...

Currently Battling With Myself.

Kabare? Moga waraslah hendaknya. Hari ini aku nak bercerita mengenai Berlawan Dengan Diri Sendiri. Alhamdulillah, hari ini tamat sudah peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris. Hmm, it also marks the end of this impromptu semester 3. Yeay, lepas ni boleh enjoy (Abah kau lah enjoy, Nisa) Okay, mari kita terus pergi kepada isi pentingnya. To be honest, for the past 2 month, aku mula rasa kembali ketidakstabilan dari segi pola pemikiran aku, emosi aku, dan juga tindak-tanduk aku. Ia berawalan dengan rasa diri ini tidak berguna yang kemudian mengakibatkan kepada rasa-rasa yang tidak patut aku fikir, rasa tersisih, rasa bodoh, rasa menyusahkan, dan rasa tak patut hidup. Rasa tidak berguna, okay kenapa rasa ni wujud? Sebabnya aku rasa role aku as someone in this one club is being overshadowed by someone. Aku tak benci dia, nope, tidak sama sekali. I'm so happy bila bergaul dengan dia sebab dia bawa aura positif pada orang sekeliling dia. Yang buat aku frust kan, bila aku rasa macam ni pad...