Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Cerpen: Sahabat

“ U na, buka pintu ni sayang. Tu, Damia nak jumpa kamu.. Jumpalah nak. Ya? Dah tiga bulan kamu macam ni...” Puan Aisya mengetuk pintu kamar Husna. Dia berharap anaknya itu sudi bertemu dengan Damia. Maklumlah, mereka berkawan rapat sejak kecil. Dan dia juga berharap salah faham antara Damia dan anak gadisnya cepat-cepat berakhir. Tidak molek kalau bergaduh lama-lama ni. “ Mama, kalau perempuan tu nak jumpa Una, suruhlah dia balik! Una mati hidup semula pun Una tetap tak nak jumpa dia!” bentak Husna. ‘Perempuan tu tak faham bahasa ke? Dah aku tak nak jumpa dia sudahlah. Tak payah nak tunjuk baik sangat datang sini sampai berkali-kalilah!’ gerutu hatinya.  “ Una, bukalah pintu. Mia nak explain segalanya..” giliran Damia pula yang memujuk. Sememangnya Husna geram terhadap Damia. Baginya, Damia hanyalah perempuan plastik. Perempuan murahan, bajet baik dan pelbagai lagi gelaran yang teruk ditujukan kepada Damia. Serta-merta, fikirannya menerawang... Tiga bula...