Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Tidak tahu bagaimana ingin aku luahkan kebahagian yang sedikit ini. Kesakitan, keperitan yang aku rasakan kini tidak lagi kambuh dari hari ke hari. Jikalau dahulu, rasa sakit itu terperam dalam nubari dan ianya kambuh dari hari ke hari, sehinggakan jiwa aku pernah mati sementara. Aku hampir mengambil nyawaku sendiri dalam tidak aku menyedarinya. Lebih sebulan yang lepas, aku pernah dikejarkan ke hospital akibat tekanan melampau - terlebih ubat tidur. Dan natijahnnya, bapaku dari Melaka bersusah payah mengambilku, kendatipun, masih lagi menggunung tanggungjawab menanti di rumah. Kendatipun begitu, tidak pernah ibu, ayah mengeluh akan keadaanku. Tidak pernah mereka mempersoalkan tindakan ku yang hampir meragut nyawaku sendiri. Tidak marah pun mereka. Alhamdulillah, kalau dahulunya aku merasakan bahawa mereka tidak mengerti aku, terasa punyai hikmah, mereka semakin mengerti. Aku semakin bahagia. Jalan yang sebelum ni aku rasakan penuh dengan jerangkap ...
Diary of A Brokenhearted Girl