Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2016

Hati

Kau pernah tak dengar rambut sama hitam TAPI hati lain - lain? Pernah kan? Pernah kan? Ya, frasa itu sangat tepat! Hati manusia sukar diteka. Hati manusia sukar dijangka. Wajah, ekspresi mungkin bisa menipu. TETAPI Hati tidak bisa menipu. Apa kau rasa kalau tahu ada orang mengumpat mengenai kau? Marah bukan? Bohonglah kalau kau katakan  Bahawasanya kau tidak marah Kerana fitrahnya manusia pasti akan berasa demikian Biarpun sedikit. Kau mungkin bisa menipu pandangan  manusia dengan wajah. Kau mungkin bisa menyelindungkan perasaan kau dengan ekspresi kau. Tetapi ketahuilah! Hati kau tidak bisa menipu. -Nisa-

Sihat

Kaifa imanukum? Bagaimana iman mu? Apa khabar? Alhamdulillah... Kita ni perlu bersyukur tau kalau sihat. Sihat ni kurniaan Allah. Apabila sihatlah, kita dapat beribadah dengan sempurna. Cuba kalau sakit? Haa, sendiri fahamlah... Mesti tak dapat nak beribadah dengan sebaiknya. Ingat, sihat ni anugerah Allah. Manfaatkanlah anugerah Allah ini dengan sebaiknya. Banyakkanlah mengingati Allah kerana dengan mengingati Allahlah hati  menjadi tenang.  Firman Allah dalam surah ar - ra'd ayat 28... Maksudnya:  "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Kalau hati tak tenteram, maka jiwa akan sakit. Haa, sakit ni lah yang akan lead kepada penyakit - penyakit. In whatever you do, please remember Allah. Jangan bila masa sakit, barulah nak merangkak cari sejadah, nak mohon ampun. Masa tu, segala - galanya terletak dalam kekuasaan-nya. Ak...

Life #SuaraHati

Kau tahu tak apa yang dimaksudkan dengan "life"? Ya, ia bermaksud hidup. Aku faham kenapa life aku berbeza daripada orang lain. Aku faham mengapa aku menjadi insan terpilih untuk mengharungi episod duka hidup ini. Sebab Allah tahu aku kuat. Sebab Allah tahu kalau aku selalu gembira, Aku jadi lupa diri. Aku lupa pada Allah. Aku lupa pada Rasul-Nya. Aku lupa pada keluarga. Dan yang paling aku takuti, Lupa kepada pegangan .

Zikir

How's iman? Bertambah ke berkurang? Kalau bertambah, alhamdulillah. Kalau berkurang, hmm kena check. Ada benda yang tak kenalah tu. Apa itu zikir? Zikir ni berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu ذكر yang bermaksud ingat. Dari segi istilah zikir ni ialah  mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati. Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat. Apa contoh zikir? - Alhamdulillah - Subhanallah - Allahu akbar - La ilaha illallah Itu merupakan contoh zikir yang paling koman. Kenapa umat Islam ni dianjurkan berzikir? Firman Allah dalam surah ar-Ra'd, Maksudnya:  "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia...