Skip to main content

Cerpen: Sahabat

Una, buka pintu ni sayang. Tu, Damia nak jumpa kamu.. Jumpalah nak. Ya? Dah tiga bulan kamu macam ni...” Puan Aisya mengetuk pintu kamar Husna. Dia berharap anaknya itu sudi bertemu dengan Damia. Maklumlah, mereka berkawan rapat sejak kecil. Dan dia juga berharap salah faham antara Damia dan anak gadisnya cepat-cepat berakhir. Tidak molek kalau bergaduh lama-lama ni.

“ Mama, kalau perempuan tu nak jumpa Una, suruhlah dia balik! Una mati hidup semula pun Una tetap tak nak jumpa dia!” bentak Husna. ‘Perempuan tu tak faham bahasa ke? Dah aku tak nak jumpa dia sudahlah. Tak payah nak tunjuk baik sangat datang sini sampai berkali-kalilah!’ gerutu hatinya. 

“ Una, bukalah pintu. Mia nak explain segalanya..” giliran Damia pula yang memujuk.

Sememangnya Husna geram terhadap Damia. Baginya, Damia hanyalah perempuan plastik. Perempuan murahan, bajet baik dan pelbagai lagi gelaran yang teruk ditujukan kepada Damia. Serta-merta, fikirannya menerawang...

Tiga bulan yang lalu...

“ Mia, Una nak story-telling dengan Mia, boleh? Una rasa kalau Una tak luahkan dekat orang nanti Una rasa tak tenteram,” ujar Husna. Wajahnya kelihatan berseri-seri. Macam gaya orang dilamun cinta pula. Hehe~

“ Eh, boleh. Macam Una tak biasa story-telling dengan Mia pulak kan? Kenapa? Ada hot issue ke? Apa hot issuenya tu? Pasal Zayn Malik kesukaan Una tu ke? Dia dah putus dengan makwe dia ke?” bertalu-talu soalan meniti di bibir Damia. Husna hanya ketawa melihat gaya terlebih petah best friendnya itu. Mia, Mia..

“ Beb, relaxlah dulu. Tak payah nak pecut sangat ya! Pasal Zayn Malik tu, dia dah keluar from 1D but Una tak sedih pun. Memang Una ada hot issue pun. Macam ni, Una rasa Una ada hati kat someone ni. Dia sekelas dengan Mialah.. Syauqi nama dia. Una selalu perhatikan dia, even dia tu macam air batu, tapi entah kenapa Una boleh terpikat kat dia. Apa Una nak buat ni Mia? Help me please!~” ujar Husna bersama pakej gediknya itu. Kalau si Syauqi lihat dia dalam keadaan begini, mesti meluat.

Damia hanya menggeleng. Faham benar dia akan ‘fiil’ sahabat dia tu. Kalau dah excited, mesti ‘fiil’ tu keluar. “ Hmm, Una, kalau Mia cakap macam ni jangan marah ok? Tak salah sebenarnya simpan perasaan dekat Syauqi tu. Biasalah, fitrah kalau kita suka dekat seseorang. TETAPI, memandangkan kita ni SPM candidate, tak payahlah kot ada perasaan tu. Lagi satu, Mia nak nasihat dekat Una, perasaan suka tu mesti dikawal. 

Kalau siang malam dok teringat kat dia, dah jadi zina hati tu! Allah berfirman, ”Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”. (Al-Isra’ 17:32) Una mesti pernah dengar ayat ni kan?” nasihat Damia panjang lebar.

“ Pernah.. Hehe, sentap Una! Hmm, thanks Mia sebab cuci otak Una ni... By the way, Mia, jangan lupa datang kenduri doa selamat kat rumah Una malam ni tau! And jangan lupa bawak baju Mia sekali.. Mia dah janji nak duduk satu malam kat rumah Una!” kata Husna. 

“ Yalah, Una. Kalau nak diikutkan, dah 1000 kali Una ingatkan Mia.”

“Hehe, buat lawaklah tu!”

Berderai tawa kedua-dua mereka.

^_^

Malam itu...

Kelihatan ramai tetamu memenuhi halaman rumah Husna. Masing – masing kelihatan berselera menjamah hidangan yang disediakan. Syauqi turut tidak terkecuali daripada senarai tetamu yang hadir.

“ Una..” panggil Puan Aisya.

“Ya, mama?” balas Husna.

“ Meh, tolong mama angkat pinggan kotor dekat khemah tu. Mama nak basuh..”

“ Orait, mama!”

Lalu, langkah diambil menuju ke khemah untuk mengutip pinggan-pinggan yang kotor untuk memudahkan para tetamu. Namun, setibanya di halaman rumah, Husna terlihat kelibat orang yang paling dipercayainya berdua-duaan dengan lelaki yang diminatinya, di gazebo. Oops, bukannya berdua pun, ada orang lain jugak kat situ.. Husna mendekati mereka.

“Mia..” Husna memanggil Damia. Damia dan Syauqi menoleh.

“ Malam ni jugak kau keluar dari rumah aku..”

“ Una, Mia boleh jelaskan...” belum sempat penerangan dikemukakan, Husna berlari masuk ke dalam rumah.

^_^

Sudah tiga bulan peristiwa tersebut berlalu. Hal ini bermakna selama tiga bulanlah Damia datang ke rumahnya untuk memberi penjelasan dan selama tiga bulanlah dia menghalau Damia.

“ Una, buka pintu sayang..” Puan Aisya memujuk lagi.

“ Apa lagi mama? Selagi perempuan tu ada kat situ, Una tak nak keluar.”

“ Mia dah balik Una. Boleh mama masuk?”

Lantas, pintu dibuka. Puan Aisya menapak ke dalam bilik Husna.

“ Mama, nak cakap dengan Una sikit boleh?”

“ Mama nak cakap banyak pun tak apa.”

“ Una tak kesian ke dengan Mia?  Dah tiga bulan dia cuba memujuk Una. Tapi, Una buat tidak endah je. Lagipun, belum apa-apa, Una dah tak nak kawan dia. Kenapa ni Una? Takkan sebab dia berdua dengan Syauqi, Una buat Mia macam tu. Tak baik Una. Lagi satu, tak elok gaduh lebih 3 hari tau..” jelas Puan Aisya, mengharap agar anak gadisnya mengerti.

“ Tapi mama, dia tipu Una.. I can’t accept that,” tingkah Husna.

“ Una sepatutnya dengar dulu penjelasan Mia malam tu, bukannya terus lari malam tu. Mama rasa Una salah faham.

Lagipun, cuba Una fikir balik, siapa yang selama ni tolong Una dalam pelajaran? Siapa yang selama ni hadir di sisi Una di saat Una kena buli dengan budak lelaki masa sekolah rendah dulu? Siapa yang selama ni selalu dengar cerita gembira dan sedih Una? Mia kan? Sebab apa? Sebab dia sayang Una. Kalau dia sayang Una, dia takkan tipu Una. Sekarang mama tanya balik, ada Una buat macam tu dekat Mia?”

Zaapp! Husna berasa terpukul mendengar kata-kata ibunya yang berbaur sindiran itu.  Ya, dia berasa terpukul kerana jarang sekali dia mendengar cerita yang ingin dikongsi oleh Damia. Setiap kali Damia ingin berkongsi kisahnya, pasti dia akan memintas percakapan Damia. Saat itu, Husna berasa berdosa. Kalau boleh, dia mahu minta maaf daripada Damia waktu itu juga. Pada masa yang sama, dia teringat perbualannya dengan Mia pada tahun lepas...

“ Una tahu tak cara nak dapat halawatul iman?” soal Damia.

“ Tahu. Una baru belajar dalam subjek Syariah hari tu. Satu, cinta Allah dan Rasulnya lebih daripada cinta kepada orang lain. Dua, mengasihi saha..”

“ Mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah,” Damia memintas kata-kata Husna.

“ Wah, daebaklah Mia! Mesti Mia banyak membaca kan?” ujar Husna yang teruja dengan Damia. 

“ Haah.. Hehe~ Una, uhibbuki fillah..” ujar Damia.

Uhibbuki fillah. Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam telinganya.

“Mama, Una nak pergi rumah Mia kejap!” ujar Husna lalu mencapai kunci motosikalnya. 

“ Baik-baik bawa motor tu!”

^_^

“ Assalamualaikum!” Husna memberi salam.

“ Waalaikumussalam.. Ya, ada apa ya cik Una? Cari Cik Mia ya?” balas seorang wanita dewasa, pembantu rumah Damia.

“Ya, makcik Bibah. Tapi kenapa macam tak ada orang je kat rumah ni?”

“ Oh, tadi tuan Hasyim dan Puan Fatimah bawa Mia ke hospital. Mia akhir-akhir ni selalu pengsan,” jelas Mak Cik Bibah.

“ Yakah? Hmm, Una pergi dulu ya cik!”

^_^

“ Mia tak apa-apa ke mak cik?” soal Husna kepada Puan Fatimah, ibu Damia setibanya di Putra Specialist Hospital.

“ Mia.. Mia, dia hidap barah otak.. tahap akhir..” Ujar Puan Fatimah tersedu-sedan.

Luluh hatinya mendengar perkhabaran itu. ‘ Ya Allah, sahabat aku.. Ya Allah, sembuhkanlah dia,’ doa Husna dalam hatinya.

Seorang doktor datang menghampiri Puan Fatimah dan Tuan Hasyim. “ Puan, Tuan, pesakit sudah bangun. Tetapi, nama Una sering disebut-sebut olehnya. Boleh saya tahu siapa Una?”ujar doktor berkenaan.

“ Saya.” Husna mengangkat tangannya.

“ Saya izinkan awak masuk ke dalam wad pesakit. Luangkan masa dengan pesakit.” Tanpa membuang masa, Husna terus melangkah masuk ke dalam wad Damia.

Kelihatan Mia terbaring lesu di atas katil pesakit. Walaupun sakit, auratnya masih dijaga. Dalam diam Husna mengagumi sahabatnya itu. You’re the best friend ever!

“ Assalamualaikum, Mia,” ucap Husna, sedaya upaya menahan tangis.

“Waalaikumussalam, Una. Datang jugak akhirnya. Mia tahu, Una mesti akan cari Mia kan?” ada senyuman pada wajah pucat Damia.

Spontan Husna melutut di tepi katil Damia. “ Una, minta maaf. Una tahu Mia tak salah. Una yang salah. Kalau Una dengar explanation Mia, mesti Mia takkan sakit macam ni kan?” Husna menangis teresak – esak. Betapa dia menyesali segala perbuatannya selama ini.

“ Selama ini Una tak pernah hargai ketulusan Mia. Una jarang dengar cerita Mia, asyik Mia je yang dengar cerita Una. Tapi Mia tak pernah merungut. Mia sabar je,” sambungnya lagi.

Walaupun begitu, wajah Damia masih beriak tenang walaupun hatinya cukup tersentuh mendengar kata-kata Husna. “ Una, bangunlah. Tak baik kalau parents Mia nampak Una melutut macam ni. Tak pa Una, Mia okey jer.. Tengok ni,” Mia menayangkan giginya. 

“ Relaxlah, Mia okey je. Bangunlah Una, tak yah melutut. Karang nampak Mia ni macam Firaun pula,” Damia cuba membuat lawak.

“ Apa ni Mia! Orang serious, dia main-main pulak!” Husna ketawa kecil. Langsung dia berdiri. Dia mengelap air matanya yang jatuh berjuraian. Husna tahu, Mia tak mahu dia menangis.

“ Hah, macam nilah Una yang Mia kenal. Una yang Mia kenal happy-go-lucky, Mia tak kenal Una yang macam tengah tahan sembelit,” kali ini pecah tawa mereka. Sesungguhnya, suasana inilah yang mereka rindu selama ini. 

“ Dah lama kita tak borak-borak macam ni kan? Yelah, orang tu dulu merajuk. Dahlah tu tak nak dengar kita punya explanation langsung. Penat ulang-alik pergi rumah dia tau!” gurau Damia.

“ Dah, jangan ungkit lagi kisah lama. Hari ni kita berborak sepuasnya macam dunia ni kita yang punya!” ujar Husna. Seboleh-bolehnya, dia ingin meluangkan masa bersama sahabatnya itu. Dia ingin menebus kesilapannya dahulu. Dia ingin mengubati kesunyian dalam diri Damia.

“ Hmm, Mia, Una nak share katil dengan Mia boleh? Una nak teman Mia.. Senang sikit bila borak,” pinta Husna.

“Tak naklah. Una busuk!”

“ Mia!”

^_^

“ Mia, be strong tau! Una akan tunggu sampai Mia selesai operation,” ujar Husna. Perasaan sebak semakin menyelubungi dirinya. Namun, dia tidak mahu Damia melihat tangisannya.
“ Orait, Una. Insya-Allah. Mia kan kuat?” balas Damia. Walaupun begitu, hatinya masih ragu-ragu. Adakah dia punya waktu lagi untuk hidup di bumi fana ini? Lebih-lebih lagi, apabila berada di tahap yang terakhir ini.

“ Mia, cepat sembuh ye sayang! Mama harap.. mama harap Mia pulihlah seperti sediakala. Nanti boleh belajar masak dengan mama," ujar Puan Fatimah sambil diiringi oleh esak tangis. Manakala, Tuan Hasyim hanya memandang Damia dari jauh. Sebagai bapa, dia tidak tega melihat puterinya terbaring lesu seperti itu.

“ Fighting Mia!” Husna memberi kata-kata semangat.

Lalu, Damia dibawa ke dalam bilik pembedahan. Semua berharap agar pembedahan tersebut berjalan lancar. Namun apakan daya? Takdir Allah yang menentukan segalanya.
 
Lapan jam kemudian...

Seorang doktor wanita keluar dari bilik pembedahan. Husna, Puan Fatimah dan Tuan Hasyim menerpa ke arah doktor tersebut.

“ Bagaimana doktor?” soal Tuan Hasyim.

“ Alhamdulillah. Pembedahan berjalan lancar. Jarang pesakit barah pada peringkat terakhir melepasi pembedahan. Bersyukurlah kepada Allah. Kami tempatkan Damia ke dalam wad. Semua bolehlah ke wad pesakit. Namun, kita kena lihat dahulu sama ada pesakit akan kembali sedar ataupun tidak. Kalau tiada apa-apa, saya pergi dulu..”

Mendengar kata-kata doktor sebentar tadi, hati Husna berasa sedikit lega. Harapannya kini agar Damia kembali sedar. Tanpa membuang masa, dia terus memasuki wad yang menempatkan Damia. Husna segera menggapai tangan Damia.

“ Mia, cepat bangun tau~ Nanti boleh kita story-telling sama-sama. Nanti kita boleh tengok bintang together, boleh cerita pasal artis Korea yang menjadi kegilaan Mia tu and belajar sama-sama. Kita kan SPM tahun ni...

Bila sama-sama berjaya, nanti boleh sambung belajar dekat UM yang kita nak masuk tu, ya? 
Bangunlah Mia..” esak tangis Husna mula kedengaran.

Tiba-tiba, jari Damia bergerak. Damia turut membuka matanya. Dengan perasaan yang gembira, dia keluar dari wad untuk memaklumkan ibu bapa Damia tentang keadaan Damia. Kemudian, doktor yang merawat Damia masuk ke dalam wad berkenaan.

“Alhamdulillah.. Damia dah sedar. Cuma saya minta agar pesakit diberi masa untuk berehat. Jangan ajukan soalan-soalan yang rumit, ya?” ujar Doktor Raihan sebelum berlalu.

“ Kami keluar dulu, ya Una? Kamu duduklah dahulu dengan Mia,” ujar Puan Fatimah lalu keluar dari ruangan tersebut bersama suaminya.

“ Una kuat tak?” kata Damia sebagai memulakan perbualan.

“ Insya-Allah, kuat. Kenapa ek?” balas Husna.

“ Sebab kalau Una kuat, that means Una akan kuat kalau Mia tak ada lagi dengan Una,” jawab Husna sambil tersenyum. Walaupun hatinya pedih untuk berkata sedemikian, namun digagahi jua kerana dia yakin dia tidak punya waktu yang panjang. 

“ Kenapa Mia cakap macam ni? Pleasela jadi positif. Mia kan dah sedar jadi Mia akan hidup lamalah kan?” Husna berang apabila Damia membangkitkan perkara yang kurang senang di pendengarannya. Baginya, Damia mempunyai peluang untuk hidup lama. Dia yakin!

Damia menggenggam tangan Husna. Erat.

“Tapi kita tak boleh lawan takdir Allah kan?” ujar Damia, lembut
.
“ Yalah. Mia tidur dulu tau! Mungkin Mia tak cukup tidur sebab itulah Mia cakap yang bukan-bukan,” balas Husna lalu meninggalkan Damia sendirian. Sungguh, dia tidak kuat untuk berhadapan dengan Damia ketika itu.

                                                       ^_^

“ Assalamualaikum, Una. Datang ye nak? Mia tak sedarkan diri!” kata Puan Fatimah menerusi telefon.

Spontan terus terjatuh telefon bimbit yang ada dalam genggaman Husna. Rasanya baru semalam dia berbual-bual dengan Damia. Rasanya baru semalam dia melihat senyuman Damia. Tetapi... Mengapa Damia jadi begini?


Tanpa membuang masa, Husna terus mencapai kunci skuternya lalu keluar dengan tergesa-gesa.

" Una nak pergi mana ni?" soal Puan Aisya yang melihat Husna dalam keadaan tergesa-gesa.

"Pergi hospital! Mia kritikal!" ujar Husna sebelum dia berlalu.

"Innalillahi wainna ilahi raji'un," ucap Puan Aisya perlahan.

Sesampainya di hospital, Husna terus pergi ke wad di mana Damia ditempatkan. Kelihatan Puan Fatimah menangis teresak-esak di luar wad VVIP itu. Husna langsung memeluknya.

" Mak cik tak sedia nak tengok Mia pergi! Mak cik tak sedia nak~ Mia anak yang baik," rintih Puan Fatimah. Husna turut menangis pada waktu itu.

" Ya mak cik. Una tak nafikan Mia tu baik. Dahlah mak cik, janganlah sedih-sedih macam ni. Kalau mak cik sedih, saya lagi sedih mak cik!

Saya tahu Mia sakit disebabkan saya~ Setiap kali dia cuba nak explain perihal malam tu, saya halau dia mak cik! Saya halau dia, mak cik! Jahatkan saya?" kali ini kata-kata Husna berbaur penyesalan. Penyesalan yang amat sangat. Ingin sahaja dia memutar kembali waktu yang tersia seandainya dia tahu pengakhirannya begini.

" Una tak salah pun. Mak cik tak salahkan Una dalam hal ini. Ini semua takdir Allah," ujar Puan Fatimah yang mulai tenang.

Tiba-tiba, keluar doktor yang merawat Damia. Tuan Hasyim, Puan Fatimah dan Husna segera menerpa ke arah doktor berkenaan.

" Pesakit...."

Enam tahun kemudian....

Pada petang itu, suasana di taman agak sesak dengan kehadiran para penduduk yang sedang beriadah. Husna menatap warkah yang pernah diberi oleh Damia. Sudah enam tahun surat itu bersamanya. Dan sudah enam tahunlah dia membaca surat itu berkali-kali.
'Damia..." nama itu meniti di bibir Husna.

Husna membuka lipatan surat itu dan membacanya.

Buat insan yang bernama Nur Nadhirah Husna. Semoga sihat selalu, kuat sentiasa and sentiasa sabar sepanjang menjadi khalifah di bumi fana ini.

Kala Una membaca warkah ini, mungkin Mia sudah pergi menghadap Ilahi. Lagipun, setiap yang bernyawa pasti akan mati kan?

Una,
Mia tak nak Una sedih-sedih. Andainya diri ini tiada lagi di muka bumi ini, janganlah anggap diri ini 'tiada'. Mia ada lagi okey? Ada dalam hati Una, cia cia cia~ (Maaf, kalau gurauan ini melampau)

Jangan pernah tangisi pemergian Mia. Jangan sekali! Mia nak Una teruskan hidup. Mia tahu Una kuat!! Teruskan perjuangan Una! Teruskan meneroka ilmu-ilmu Allah yang Maha Luas. Setiap yang hidup pasti akan mati juga, jadi Mia tak nak Una habiskan sisa-sisa hidup Una dengan menangis je. Kejar impian Una tu. (Una akan menangis ingatkan Mia ke? Hoho.. Okey, maaf. Kita serius balik ya?)

Perihal malam itu, Syauqi jumpa Mia sebab dia pun nak luahkan perasaan. Sebenarnya, dia pun sukakan Una. Dia cakap yang dia takut kalau Una tak terima dia. Mia cuma nasihatkan dia, fokus dulu dalam pelajaran, lagipun SPM dah dekatkan? Tak sangka pula Una datang 'menyergah' kami. 

Tak apa, Una. Mia tak salahkan Una pun masa Una suruh Mia keluar dari rumah Una. Mia yang salah. Mia jumpa Syauqi senyap-senyap. Lagipun, Mia anggap benda tu kecil je.

Jangan rasa bersalah tau! *peace no war*

Andainya Mia pergi, jangan pernah rasa yang Una akan kesepian. Ingat kata-kata Mia ni, "Allah sentiasa bersama hamba-Nya". Kala hati rasa sunyi, banyakkanlah bermunajat kepada-Nya, banyakkan 'dating' dengan-Nya, banyakkan membaca kalam Allah, insya-Allah, kesunyian akan terubat.

Lagipun, Una still ada mama, papa, mama Mia and papa Mia. Insya-Allah, mereka akan selalu sokong Una.

Akhirulkalam, teruskan mengejar impian kita, Impian nak masuk UM sama-sama, impian nak amik medic kat sana kan? 

Lagi satu, Mia nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala kesilapan yang Mia lakukan. Una pun Mia dah maafkan. Bak kata orang, 0-0 gitu~

Jangan lupa, doakan kesejahteraan Mia selalu ya?

Assalamualaikum, sahabat. :)


'Waalaikumussalam, Mia,' jawab Una dalam hati.

" Mia, kalau Mia nak tahukan, Una dah berjaya masuk UM, Una dah berjaya amik medic kat sana. Kalaulah Mia ada sekarang ni, mesti best kan?" monolog Husna sendirian.

Seingatnya, berita pemergian Damia pada enam tahun lepas adalah berita yang paling tidak dapat diterima olehnya. Terasa baru semalam dia berbicara dengan Damia. Pada mulanya, dia tidak dapat menerima kenyataan, tetapi berkat daripada-Nya, dia mampu bangkit semula. Benar kata-kata Damia, dia kuat. Dia kuat untuk bangkit semula.

" Tapi tak apa, kita jumpa semula di sana ya?' monolog Husna lagi.

Tanpa membuang masa, Husna meninggalkan taman itu. Kebetulan, ketika itu cuti semester baru sahaja bermula jadi dia ingin memanfaatkan uthlahnya bersama mama dan papa tersayang.

" Awak, awak tertinggal surat ni," tegur satu suara. Husna menoleh. Kelihatan seorang gadis bershawl sedang berdiri di belakangnya. Husna terpana.

" Mia?" tegur Husna. Wajah gadis itu memang sebijik dengan Damia.

" Siapa Mia? Oh, awak salah orang ni. Saya Wardah, " Wardah memperkenalkan dirinya.

" Oh, saya Husna.. Jadi.... Friends?" Husna menghulurkan tangan. Wajahnya terpancar sinar keterujaan. 

" Friends," Wardah membalas huluran tangan tersebut.

"  Nak tahu tak? Muka awak sebiji dengan my old friend dulu. Tu pasallah tersasul panggil nama dia tadi." ujar Husna memulakan perbualan mereka.

Wardah ketawa. "La, ye ke?"

Lalu, mereka pun beriringan pulang sambil berbual-bual. Benarlah kata orang, patah tumbuh, hilang berganti. Dan benarlah, Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik apabila kita kehilangan sesuatu.

' Mia, Una takkan lupakan Mia. Sahabat, kau memang tiada galang gantinya,' ujar hati Mia.

_The End_
p/s: Cerpen ni dah lama ada dalam draft. Baru sekarang nak publish. Maaf andai ada lompong-lompong atau lubang-lubang kat mana-mana kan? I'm not that perfect nak buat cerpen gorgeous-gorgeous, hihi~

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...