Skip to main content

Memaafkan Itu Indah~

How's day?
Is it wonderful?
Hahaha.... *Entah apa yang kau meraban ni Nisa!*
Ha, there's a friend who told me to update my blog...
Sekarang ni, hambik! Hambik! :P
Hahaha.... Kembali ke mood serious!
Mudah-mudahan, dapat ambil pengajaran...
Bismillahirrahmanirrahim.....
In the name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful....
Aku ni hanyalah seorang manusia. Tidak kiralah sama ada aku ini cantik ke tidak, bertudung atau tidak, kacak atau tidak, berkopiah atau tidak, warak ke tidak, mahupun yang lain-lainnya, aku tetap manusia biasa. Manusia yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Walaupun ada yang memberi high expectation kepada aku, namun sebenarnya, aku bukanlah sepertimana yang mereka 'expect'kan.

Kadang-kadang, dalam diriku ini, hadir satu perasaan ini, iaitu bongkak. Menyedari bahawa aku ni agak bijak, kadang kala, tanpa disedari, diri ini akan memandang rendah terhadap kemampuan orang lain. Walhal, mereka sebenarnya jauh lebih hebat daripadaku. Yelah, setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Dan, rasa bangga itu bertambah setiap kali orang memuji aku. 

"Eh, kau ni pandailah."
"Wei, bagusnya kau!"
"Wah, ada karisma untuk jadi pemimpinlah awak ni!"
" You ni handsomelah. Keturunan Omputih ke you ni?"?"
Dan banyak lagi....

Tetapi, setiap kali dipuji, aku just cakap,
"Eh, mana ada.."
"Kau nak kena hempuk tak? Aku taklah sehebat yang kau cakap tu!"

Padahal, dalam hati...
Kembang!

Lama-kelamaan, perasaan yang semakin bersemi itu sekaligus menukarkan diriku ini daripada okay 
kepada perangai teruk....

Aku yang sebelum ini baik dengan rakan-rakan, telah menyombong apabila diminta untuk mengajar. Bukan setakat itu, aku cas setiap perkhidmatan itu. Ala, tidak banyak pun, cuma 50 sen. Maklumlah, budak bandar from sekolah yang 'baik punya' masuk ke kampung yang agak terpencil. Bukan sahaja terpencil, tetapi bilangan pelajar dalam sekolah kampung terpencil itu turut kecil. Tidak hairanlah, guru-guru cepat sahaja mengenaliku serta menaruh harapan kepadaku.

Berbalik kepada cerita...
Nak tak nak, mereka kenalah bayar kalau nak aku yang ajarkan, walaupun angka 50 sen bagi mereka memang keterlaluan. Pada waktu itu, aku hanya fikir duit, duit, duit! Dan yang lebih teruk ialah, aku cas perkhidmatan aku tetapi aku hanya mengajar secara sambil lewa.
Terukkan aku?

Semua itu tidak lama apabila suatu hari, aku dan keluargaku mengalami kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke Lost World of Tambun, Perak. Dan, lebih malang lagi, kereta yang merempuh kereta ayahku datang dari arah belakangku. Hal ini bermakna, akulah yang menerima kecederaan yang paling serius. Ibu bapaku pula hanya mengalami kecederaan ringan.

Sepanjang perjalanan ke hospital yang berdekatan, hati aku tidak henti-henti merintih, "Ampuni aku, Ya Allah... Ampuni aku, ampuni aku... Berilah aku peluang untuk hidup, Ya Allah...." Air mata membasahi pipi, jururawat-jururawat yang berada dalam ambulans tidak henti-henti menenangkan aku.

"Encik Abdul Rahman, boleh saya bercakap dengan awak sebentar?" doktor yang merawatku memanggil ayahku untuk membincangkan satu perkara yang dinantikan oleh kedua-dua ibu bapaku, iaitu keadaanku.

" Hasil diagnosis menunjukkan yang anak awak mengalami kecederaan yang agak teruk pada saraf tunjang sekaligus menyebabkan kelumpuhan pada anggota badan anak awak. Saya harap encik dan puan banyakkan bersabar dan berdoalah kepada Allah, moga-moga, Dia membantu untuk menyembuhkan anak encik dan puan," jelas doktor tersebut dengan panjang lebar. Mak pada ketika itu sudah meraung-raung sebaik sahaja menerima perkhabaran itu.

Aku pula hanya mampu menahan sebak di dada. Patutlah aku tak boleh nak menggerakkan kedua-dua belah kaki aku ini.

"Zarul, jangan risau yer? Mak and ayah selalu ada untuk Zarul. Lagipun, nanti kita buat sama-sama rawatan fisioterapi untuk Zarul ye?" Mak cuba memujuk aku yang termati kata. Yelah, aku ini merupakan satu-satunya zuriat ibu bapaku.

Aku cuma mengangguk perlahan.

Pada masa itu, apa yang terlintas dalam kepalaku ialah redha dengan apa yang menimpa aku sekarang. Mungkin ini semua kerana apa yang pernah aku lakukan kepada rakan-rakanku dahulu. Mungkin ini merupakan pembalasan yang Allah turunkan kepada aku.

2 bulan kemudian, aku kembali ke sekolah dengan penampilan yang agak berbeza, memakai kerusi roda. Dan ayah telah mengupah seorang jururawat peribadi yang akan menemaniku di sekolah. 

Sebaik sahaja aku tiba di sekolah, pelbagai reaksi yang aku terima. Ada yang terkejutlah, ada yang tidak dapat terimalah, ada yang simpatilah dan ada juga yang menunjukkan riak 'padan muka kau' terhadap aku.

Namun, aku berasa lega kerana rata-rata rakan sekelasku tidak meminggirkan aku malah mereka sanggup menolong aku menolak kerusi roda yang aku duduki ini. Serta-merta, timbul rasa bersalah terhadap rakan-rakan aku yang selama ini aku anggap bodoh, ketinggalan dan kekampungan.

"Guys, aku minta maaf, ya?" ucap aku ketika berada di hadapan kelas.
Rakan-rakan yang lain semua menoleh kepada aku.

"Maafkan aku kerana selalu minta korang bayar setiap kali nak ajarkan korang. Minta maaf sangat sebab angkuh dengan korang," sambung aku lagi dengan nada yang kesal. Pada masa itu, hanya redhalah yang bermain difikiran aku.

"Kami...." ujar Shima, rakan sekelasku.
"Maafkan kau, Zarul!" sambung rakan yang lain.
"But, kitorang harap yang kau tak ulang lagi perbuatan kau tu yer?" sambung mereka lagi.

Aku menunjukkan isyarat O.K. kepada mereka.
Alhamdulillah! Lega dalam hatiku ini tidak terkata apabila mereka sudi memaafkan aku yang khilaf ini.

Bermula dari saat itu, aku dengan secara rasminya sudi berkawan dengan mereka dengan seikhlas hatinya. Dan aku tidak mengenakan apa-apa bayaran pun jika mereka meminta aku untuk mengajarkan mereka subjek yang tidak difahami. Malah, aku juga telah memulangkan wang yang aku perolehi daripada mereka yang telah aku tindas selama ini. Alhamdulillah! Terima kasih Ya Allah kerana telah mengubah diri ini kepada diri yang lebih baik.

See? Situasi di atas sudah menjelaskan segala-galanya bukan? So, aku harap reader yang baca post aku ni supaya jadilah seorang yang pemaaf seperti rakan-rakan Zarul ni. Besides, sifat memaafkan merupakan salah satu sifat Rasulullah kita? Right?
Okaylah! Type-off duluan....

Assalamualaikum...

p/s: Cerita ini adalah 69% asli, sengaja aku ubah jalan cerita ni skit supaya tidak menyamai cerita sebenar...

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...