Skip to main content

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.


Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran.

Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar.

Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses.
Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh.
Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi.

Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan?

Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini.

Dr sambung prescribe aku dengan sertraline which aku dah skip for about 1 week already, and I already consistent eating that for three nights sejak balik daripada appointment pertama hari tu (termasuk waktu sekarang ini). Tapi malangnya, selama dua hari ini, aku gagal fokus dengan apa yang berlaku di sekeliling aku, aku gagal fokus dalam kelas Jumaat lepas, dan untuk Sabtu lepas, aku hanya mampu tidur seharian kerana efek drowsy ubat yang dah mula datang setelah lamanya aku adapt dengan ubat ini. Aku rasa hopeless teruk, sebabnya kalau aku tak makan, emosi aku ke laut, mood aku ke laut, aku akan rasa sedih memanjang, aku akan terfikir nak bunuh diri and yada-yada.

Tapi makan ubat ni pula meletakkan aku in sedative phase, where I barely can focus myself, even nak jalani kelas aku dengan baik, so what's pointlah kan aku makan ni? Fahamlah aku kenapa Pak Awis skip ubat huhu.

Tapi Rina pesan, it's a process, slowly but surely. Nak sembuhkan, maka kena konsisten, kena bersabar. Yeah, aku akan cuba sebab aku ni bukan penyabar orangnya, but aku akan cuba.

Selagi dia boleh halang aku pergi lemaskan diri seorang diri kat Sportcom or kat mana-mana pantai, selagimana dia boleh halang aku beli pisau baru untuk cederakan diri dan selagimana dia boleh halang aku fikir nak telan mana-mana racun, aku onz sahaja. Redha jelah kalau performance 2 minggu yang akan datang ni menurun (andwaeeeeee)

Allah takkan turunkan ujian beyond our capacity so yeah, mari kita!

Semoga Shahrulnisa cepat sembuh!

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-