Skip to main content

Jumbo Si Kucing Putih~ #Cats

Dengar title cam kelakar.
But jangan gelak. Sebab kisah ni sedih bagi aku.
Bagi yang merupakan cat lover nih!!!
Tadi time aku tengok folder dalam pen drive, ternampak satu gambar nih.
Gambar anak kucing berbulu putih....
Aku dulu ada seekor anak kucing.
Nama dia Jumbo sebab masa dia lahir dialah yang paling besar dalam siblings dia.
Oh, si Jumbo ni anak si kesayangan aku tuh. #anak-kepada-kucing-kelabu-dekat-blog-aku-tuh
Tapikan si Jumbo ni lahir dengan mulut dia yang terbuka sedikit.
Memang tak boleh tutup mulut tuh and itu menyusahkan dia untuk minum susu ibunya.Walaupun begitu, aku sangat sayang Jumbo tu.
Hari berganti hari.
Jumbo mula membesar. Dah pandai jalan sume.
Itu yang membuatkan aku sekeluarga sayang sangat dengan dia.
Dengan keletah yang comel tuh.
Melting tengok.
 But tiba satu hari ni..
Aku tercari-cari si Jumbo tu.
Manalah dia pergi ni?
Adik aku cakap, rupa2nya dia follow its mom keluar rumah.
Dia ikut je mana ibu dia pergi. And ibu nya tak perasan.
Sampailah satu saat, waktu ibu dia melintas menuju ke rumah aku and dia pun nak ikut,
dia kena langgar !~ Bila dengar si Jumbo ni mengiau, mak dia patah balik and angkat anaknya yang dah berdarah tu pergi bawah pokok depan rumah aku. Waktu tu dia still nyawa2 ikan lagi.
Lepas beberapa ketika, baru dia mati.
Bayangkan apa perasaan kau, bila nak pergi sekolah kau nampak bangkai kucing kesayangan kau dekat depan rumah??
Hanya Allah je tahu.
Aku baru berangan nak tengok dia membesar sendiri kat depan aku sepertimana aku besarkan ibunya dulu.
But, takpelah. Jodoh aku dengan Jumbo kat sini tak panjang.
Hope dapat jumpa kat alam sana pulak~
And baru minggu lepas, ibu Jumbo lahirkan anak yang ada bulu sama seperti Jumbo.
Tak bagi nama lagi. Aku terfikir nak bagi nama Jumbo II lah~
Papai.
Assalamualaikum~

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...