Skip to main content

Zikir

How's iman?
Bertambah ke berkurang?
Kalau bertambah, alhamdulillah.
Kalau berkurang, hmm kena check. Ada benda yang tak kenalah tu.
Apa itu zikir?
Zikir ni berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu ذكر yang bermaksud ingat.
Dari segi istilah zikir ni ialah mengingati Allah s.w.t. bilamana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan perbuatan atau dengan hati. Selain itu, zikir juga dapat diertikan sebagai sebahagian daripada rangkaian iman yang diperintahkan agar kita melakukannya setiap saat.

Apa contoh zikir?
- Alhamdulillah
- Subhanallah
- Allahu akbar
- La ilaha illallah

Itu merupakan contoh zikir yang paling koman.

Kenapa umat Islam ni dianjurkan berzikir?

Firman Allah dalam surah ar-Ra'd,

Maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Sebab itulah kita dianjurkan untuk berzikir.

Berzikir tu senang, tapi nak istiqamah tu payah.
Aku tahu. Aku faham. Aku pun mengalaminya.
Aku pun bukannya alim sangat.
Macam yang aku cakap sebelum ni, kita perlu saling mengingati. Right?

Tapi, cuba kita fikir balik,
Kalau sanggup hadap komputer berjam - jam, tv berjam - jam, play station berjam - jam, novel berjam - jam,
why not cuba luangkan masa untuk berzikir?
Tak lama mana pun.

Paling basic,
Subhanallah 33X, Alhamdulillah 33X, Allahu Akbar 33X.

Senangkan?

Cuma itulah....
 
Ada je yang cakap, buang masalah..
Lebih baik studylah...
Lebih baik bla bla bla..

Ingat, tu semua dunia.
Akhirat nanti sendiri - sendiri beb.

Itulah yang akan jadi kalau agama cuma difahami melalui akal.
Bukan melalui hati yang sepenuhnya memberi penghayatan mengenai agama Islam.

Sekian...

Assalamualaikum.
Selamat beramal!~

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...