Skip to main content

Sihat

Kaifa imanukum?
Bagaimana iman mu?
Apa khabar?

Alhamdulillah...

Kita ni perlu bersyukur tau kalau sihat. Sihat ni kurniaan Allah. Apabila sihatlah, kita dapat beribadah dengan sempurna. Cuba kalau sakit? Haa, sendiri fahamlah... Mesti tak dapat nak beribadah dengan sebaiknya. Ingat, sihat ni anugerah Allah. Manfaatkanlah anugerah Allah ini dengan sebaiknya. Banyakkanlah mengingati Allah kerana dengan mengingati Allahlah hati  menjadi tenang. 
Firman Allah dalam surah ar - ra'd ayat 28...

Maksudnya: 
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Kalau hati tak tenteram, maka jiwa akan sakit. Haa, sakit ni lah yang akan lead kepada penyakit - penyakit. In whatever you do, please remember Allah. Jangan bila masa sakit, barulah nak merangkak cari sejadah, nak mohon ampun. Masa tu, segala - galanya terletak dalam kekuasaan-nya.
Aku tak berani nak cakap, takut salah...

Dan tolong,
JANGAN SALAH GUNA NIKMAT SIHAT UNTUK BUAT DOSA.
Please... Tolong..
I'm begging you...

Takut - takut nanti jadi kufur nikmat kerana nikmat yang diberi disalahgunakan.
Nauzubillahi min zalik. Peringatan untuk aku juga.

Kalau dah terjebak dengan dosa ni,
Ya Allah... 
Dosa tu menjadi penyumbang kepada hitamnya hati!
Kalau hati dah gelap, sukar kita terima kebaikan.

"Alah, apalah sangat dengan sihat tu?
Aku still young apa?"

Begitulah kata - kata cliche yang acapkali aku dengar.

Korang, sakit tidak mengenal usia.
Ada juga situasi di mana yang muda sakit, yang tua sihat wal afiat.

Ingat, Allah tu Maha Berkuasa.
Kun fayakun!
Setiap apa yang Allah kehendaki maka akan jadilah ia.

Jadi, jangan pernah cabar kekuasaan Allah!

Last but not least, aku bukanlah alim ulama'.
Tetapi, moga - moga apa yang aku taipkan sedikit sebanyak 
menyedarkan sesiapa yang membacanya.
Dan aku harap, ini menyumbanglah dalam perjuangan dakwah di dunia ini..
Moga - moga.
Allahumma amin.

Jadi, begitulah tazkirah sebelum Maghrib ni...

Assalamualaikum...
Selamat beramal!

p/s: Pergi bersiap untuk solat Maghrib

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...