Skip to main content

Perfect?? #Renungan

Apa khabar?
Adakah semuanya baik-baik sahaja?
Kau patut bersyukur tau kalau semuanya baik je.
Bersyukur atas apa yang Allah anugerahkan kepada kau.
Sebab yang lain, mungkin nasib mereka tak sebaik kau.
Mungkin ada yang lebih teruk daripada kau.
Kau sepatutnya bersyukur, bukannya merungut.
Allah memang sangat adil.
Ok, demikianlah tazkirah selepas Isyak ni.

Ok, berbalik kepada tajuk asal.
Perfect.
Sempurna.
Perfecto.
Wanjeonhan.
Parfait.
Doskonaly.

Amboi, banyak sangat terjemahan sempurna ni.
Terus - teranglah, perfect ni hanya untuk Allah je.
Bukan untuk manusia.

Dekat sekolahlah, budak lelaki keep on saying that Sarah, Huwaidah,
Syikin, Zue and I adalah The Perfect Gang.
Siap tulis lagi nama kami atas whiteboard kelas.
Siap tulis lagi gelaran kami.
Sarah (Marvellous), Huwaidah (Ultra Perfect), 
aku (Ultimate Perfect), Zu (Grand Perfect) and Ikin - aku tak ingat.
Aku tak suka!

Aku tak suka memandangkan aku ni tak perfect pun!
Hanya hampas sahaja!
Lagipun, aku ni sesuai ke dikatakan perfect???

Ingatlah, sesungguhnya Maha Sempurna itu hanya Allah sahaja.
Daripada mengatakan seseorang itu perfect, lebih baik kau cuba insafi diri.
Cuba lihat sekeliling.
Cuba amati alam ini.

Lihatlah keindahan ciptaan Allah.
Lihatlah kekuasaan Allah.
Perfectkan Allah?
Ultimate Perfectkan Allah?
Marvellous kan Allah?
Grand Perfectkan Allah?
Ultra Perfectkan Allah?

Di saat kau cuba mengatakan seseorang itu perfect,
kau sebenarnya cuba untuk membandingkan dia dengan Allah.
Siapakah dia untuk dibandingkan dengan Allah
yang Maha Kuasa tu?
yang Maha Pencipta tu?

Dia pun hamba Allah juga.
Yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

Lagi satu
Fenomena:
Seseorang letak gambar yang agak tidak appropriate.
With kapsyen. yang agak cliche.

Agak - agak, apa reaction kau?
 Tegur dia dalam ruangan komen secara terang - terangan
and memaki dia?

Macam ni ke yang dikatakan keindahan Islam?
Kalau kedua inilah yang kau buat,
Maaflah nak cakap.
Kau buat pilihan yang salah!

Tegur dalam ruangan komen and memaki dia dalam ruangan komen
tu secara tak langsung membuka aibnya.
Kau malukan dia. Orang lain boleh baca.
Tegur pulak tu dengan cara tak betul, pura - pura alim
walhal dalam dunia nyata kau pun sama.

Sempurna sangatkah kau nak memperlakukan dia sedemikian?
Begitu hinakah dia di mata kau?

Kau Islam kan.
Kau belajar agama kan.
Sewajarnya benda ni kau boleh fikir kot.

Kalau nak tegur pun, pm lah dia.
Bagi nasihat dengan hikmah.
Kalau memakilah cara kau nasihat dia, 
bukannya dia sedar!
Kemungkinan dia untuk terus berlaku sedemikian
adalah tinggi.
Bukan itu sahaja, hilang keyakinan dia terhadap Islam.

Niat kita nak kembalikan dia ke pangkal jalan tak kesampaian.
Sebab dah salah guna cara.
Cara tu tak kena.

See? Nampak tak?
Ketidaksempurnaan kita sebagai manusia.
Yes, memang,
Kita adalah ciptaan paling sempurna dan yang paling baik yang Allah jadikan.
TETAPI
Kita tidak sempurna.
Pegang kata-kata itu.

Jangan pernah anggap diri kau sempurna.
Sebab kau cuma hamba di mata Allah.
Tegur orang, please guna cara yang berhemah.
Dakwah dengan penuh kelembutan dan kebijaksanaan.
Sebab api akan tewas jua dengan air.

Seems that aku dah huraikan tajuk ni dengan begitu jauh.
Oklah, nak dinner.
Tapi,
With no rice.
Aku dah lama kot tak makan nasi.
Kalau makan pun jarang.

p/s: Jangan terlalu mengagungkan orang & jangan pula pandang hina orang.
Lihatlah diri dulu. Cermin diri dulu.
Assalamualaikum~

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...