Skip to main content

Aku, Sang Pecundang.

Aku, sang pecundang.
Aku, orang yang kecundang.
Mengapa?
Aku kecundang 
Kerana kalah dengan nafsu.
Yang membawa kepada tercetusnya kemungkaran.
Aku kecundangan
Kerana terpedaya dengan bisikan Azazil.
Yang membawa kepada kebinasaan.


Aku menjadi hairan.
Mengapa Allah masih lagi sudi memberi nikmat
Kepada aku yang memiliki iman senipis kulit bawang ini?


Aku menjadi pelik.
Mengapa aku masih ditempatkan dengan 
Rakan2 dan orang2 yang baik
Meskipun aku ini sang pendosa tegar?


Pelik pelik.
Hairan hairan.


Air mata.
Usah lagi dikata.
Semakin lebat menuruni pipi.


Mata.
Usah lagi kau bahaskan.
Pedihnya bukan main kerana menangis
untuk setiap dosa yang dilakukan.


Tetapi,
Mengapa aku masih lagi kalah dengan nafsu?
Mengapa aku masih lagi tewas dengan Azazil?
Mengapa? Mengapa?


Arggghhhhh!


Untuk rakan2 dan kenalan,
Maafkan diri ini kerana menjadi sang pecundang.
Walaupun, kalian melihat daku biasa sahaja.
Seperti mereka yang lain.


Untuk ibu dan ayah,
Maafkan kakak kerana menjadi sang pecundang.
Biarpun di mata kalian, kakak kelihatan biasa sahaja.
Seperti anak-anak yang lain.


Untukmu wahai Junjungan,
Maafkan daku kerana menjadi sang pecundang,
Biarpun engkau telah berusaha keras, 
Bagi menyampaikan ajaran ini kepadaku.
Tetapi sayang, aku sia-siakannya.


Untukmu Ya Rabb,
Maafkan daku kerana menjadi sang pecundang,
Kerana tewas di tangan nafsu.
Kerana kalah di dalam genggaman Azazil.
Biarpun sebenarnya,
Aku boleh mengatasinya.


Maafkan daku.
Maafkan daku.
Maafkan daku,
Sang pecundang ini. ๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ข

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...