Skip to main content

Allah, Betapa Aku Alpa!

Apa khabar semua?
Moga iman kian bertambah.
Alhamdulillah, mood aku kian membaik. Aku pun sudah jarang fikir untuk menjadikan mati itu sebagai pilihan terakhir.
Siapalah aku untuk mencabut nyawa sendiri?
Aku hanya makhluk Allah yg hina-dina.  Bagaimanalah boleh kau tergamak nak cabut nyawa sendiri? Dah menggunung ke pahala? Dah yakin ke semua dosa kau diampunkan? Itu yang kerap bermain di minda.

By the way, Happy Ramadan Kareem guys! Ahad ni dah puasa ke-7 dah. Moga kita istiqamah tambah iman kita.

Apa topik yang aku nak cerita malam ni? It's not specific. Aku cuma nak bercerita sahaja.

Allah itu Maha Penyayang sangat2. Dia hadirkan aku insan2 yang sangat baik. Meskipun aku rasa mereka tidak menyayangi, tetapi aku silap.

Dah hampir 20 tahun aku hidup. Dah hampir tiga tahun aku melangkah keluar dari alam sekolah. Sekarang, bukan lagi masa untuk bertindak tidak matang, walaupun diri aku ini tidaklah berapa matang.

Hampir 20 tahun aku hidup, ujian hadir silih berganti. Aku kira ia melemahkan, manakan tidak ujian yang dihadapi bukan calang-calang.

 Sehingga kini ia masih membekas, tetapi kerana aku sayangkan ukhuwah yang terjalin dengan keluarga, maka aku berbaik, aku dekati mereka, aku jenguk atuk dan nenek aku di kampung seorang diri meski pun ibu dan ayah aku masih terluka dan enggan pulang.

Pilu melihat nenek dan atuk ku yang memeluk aku erat tika aku tiba. Mereka membelikan aku macam-macam. Pelbagai makanan yang kuantitinya banyak disediakan, sedang hanya kami bertiga di rumah itu.

Pilu terkenangkan kembali hubungan yang ku kira masih lagi berantakan walaupun aku sahaja yang mengambil pendekatan untuk menyambung kembali jalinan yang lama terputus. Doakan ibu, ayah serta adik2ku dilembutkan hati untuk menjenguk Mummy Wan dan Atuk. Doakan mereka sempat bertemu sebelum atuk dan nenekku menghembuskan nafas terakhir.

Ujian di alma mater juga tida kurang hebatnya. Berdepan cabaran persaingan dalam pelajaran, tidak campur lagi berdepan mereka yang gemar mencuri idea orang lain, kawan yang berbagai ragam. Tapi, pabila difikirkan kembali, itulah yang mencorak hidup ini.

Aku benar-benar tidak sangka, walau berat ujian, aku sudah sampai di tahap ini. Betapa aku bersyukur kepada-Nya kerana masih mengurniakan aku iman.

Saya sayang kehidupan saya.

Selama ini, betapa tertekannya aku sampai aku tergelincir dari landasan benar. Betapa aku terlalu memikirkan perkara itu sehingga maruahku sebagai penghafaz Al-Quran tercalar. 

Aku pernah berfikir untuk mencabut nyawaku sendiri.

Aku pernah menjerit meroyan mengatakan Allah tidak kasih pada aku.

Sedang aku silap.

Kalau Allah tidak kasih, tidak cinta akan diri ini, mengapa Dia menciptakan aku? Mengapa Dia terus membiarkan aku hidup? Mengapa aku masih lagi merasa nikmat2 kesihatan, udara serta anggota tubuhku sendiri?

Betapa tidak bersyukurnya aku.

Betapa hinanya aku!

Sedang Allah sentiasa membuka "pintu" seluas-luasnya, untuk aku mengadu, meluah rasa kepada-Nya.

Pencipta Agungku.

Penciptaan diri ini bukanlah suatu kesilapan, tetapi merupakan satu penetapan untuk daku bermusafir dalam menuju cinta Agung, yang mana bisa aku temui di akhirat kelak.

Allah, betapa aku sangat alpa mengingatimu.

Manalah pergi jati diri yang berkobar dahulu? Mana pergi diri yang kuat dahulu?

Inshaa Allah, diri yang kuat itu sudah mula menampakkan dirinya.

Dear self, you're so precious.

Don't let all those viruses attack you again.

Keep smiling. Enjoy the life. :)

Assalamualaikum....

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...