Skip to main content

Currently Battling With Myself.


Kabare? Moga waraslah hendaknya.

Hari ini aku nak bercerita mengenai Berlawan Dengan Diri Sendiri.

Alhamdulillah, hari ini tamat sudah peperiksaan bagi subjek Bahasa Inggeris. Hmm, it also marks the end of this impromptu semester 3. Yeay, lepas ni boleh enjoy (Abah kau lah enjoy, Nisa)

Okay, mari kita terus pergi kepada isi pentingnya.

To be honest, for the past 2 month, aku mula rasa kembali ketidakstabilan dari segi pola pemikiran aku, emosi aku, dan juga tindak-tanduk aku. Ia berawalan dengan rasa diri ini tidak berguna yang kemudian mengakibatkan kepada rasa-rasa yang tidak patut aku fikir, rasa tersisih, rasa bodoh, rasa menyusahkan, dan rasa tak patut hidup.

Rasa tidak berguna, okay kenapa rasa ni wujud? Sebabnya aku rasa role aku as someone in this one club is being overshadowed by someone. Aku tak benci dia, nope, tidak sama sekali. I'm so happy bila bergaul dengan dia sebab dia bawa aura positif pada orang sekeliling dia. Yang buat aku frust kan, bila aku rasa macam ni pada dia, aku macam... Aku ke eh yang toksik?

Tak adalah, untuk sekali dua role aku terovershadow tu aku boleh terima, yalah, kadang-kadang ada orang, tingkat semangat dia tinggi tahap kerajaan langit jadi biarlah kan. Bagus apa semangat? HAHAHAHA.

Tapi bila sampai buat aku rasa tak berguna, tak berfungsi dalam organisasi, rasa tak wujud, tu memang buat aku terluka la weh. Meeting dengan advisor pun buat aku rasa, I'm not belong here. Dia jadi tawar hati segala. Aku jadi malas nak contribute apa-apa. Mungkin sebab masa awal-awal ibu aku didiagnosis dengan penyakt kronik tu buat aku hilang sekejap, habis binasa kewujudan aku HAHAHAHA.

Bukan itu je, perasaan sedih, incompetent yang berpanjangan ni buat aku downgrade diri sendiri. Buat aku penat untuk hadapi rasa  yang sama berulang kali. Rasa nak mati. Rasa nak drop off uni. Rasa hilang passion dalam kehidupan. Rasa tak nak buat apa-apa. Rasa segala macamlah.

Alhamdulillah, trigger yang baru ni tak buat aku persoalkan ketetapan Allah. Aku dah berazam takkan biarkan akidah aku direnggut macam dulu. Cumanya, aku akui yang aku lelah untuk berada dalam fasa macam ni. Sedih berpanjangan. Bila ramai-ramai aku gembira weh. Tapi bila aku keseorangan, I feel lonely.

Well, aku tak bolehlah bergantung sepenuhnya dengan kawan-kawan aku, keluarga aku, dan manusia lain. After all, aku memang akan bersendirian. Aku memang akan keseorangan. Tapi, as of now, keadaan diri aku ni macam perlu dipantau sentiasa. Kalau tak, otak akan sentiasa fikir macam mana nak hentikan kesengsaraan dan kesedihan yang bermaharajalela.

Even hari tu aku start sakiti diri. Even semalam aku amik pisau dan layang-layangkan kat tangan aku. Aku penat dengan kesedihan tanpa penghujung ni. Hari-hari doa, tapi belum lagi termakbul agaknya.

Aku tahu, benda ini nampak over, tapi aku tak boleh menidakkan. Hmm, sampai bila aku perlu terus ada daam fasa ini? Sampai bila kesedihan akan menghantui? Sampai bila aku biarkan ritma dendam bergentanyangan dalam minda? Sampai bila? Sampai bila?

Dan....

Sampai bila aku perlu berpura-pura bahagia?

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...