
Kabare? Waras, alhamdulillah. Ceh, sendiri tanya, sendiri jawab.
Nak cerita sedikitlah, hari ini hari ke-4 kuarantin kat F1 sebab jadi kontak rapat hahahaha. At first tu rasa okay je sebab aku lagi lah suka duduk seorang kan.
Tapi lama-kelamaan, ada rasa terpenjara dan yang paling penting, rasa lonely. Trigger lonely nilaa bahaya untuk aku sebab aku boleh berfikir macam-macam. Dr kata bila aku start nak fikir benda pelik-pelik, kenang muka ibu.
Tapi dalam kes aku, makin ku kenang, makin ku sedih. Jadi, benda tu jadi lebih kuat trigger aku untuk buat benda pelik-pelik.
Rabu lepas, aku dah terfikir nak terjun tingkap. But, sebelum aku berjaya setup kawasan, roommate aku masuk. Aku tak sampai hati nak tengok dia terkejut. Berjam-jam lamanya aku menangis di situ sambil peluk tingkap, yalah, nak sangat terjun masa tu. Alhamdulillah, berjaya ditenangkan oleh roommates yang baik hati. May Allah bless them.
Dan semalam, aku kecundang lagi. Aku menangis untuk berjam-jam lamanya. Bayangkan aku rasa aku menangis sejak pukul 7 malam, syok sangat menangis tak sedar pukul 10 dah. Masa tu roommate tanya dah makan ubat, aku just jawab dah HAHAHAHA. Semalam tu menangis sebab penat weh. Penat nak lawan fikiran yang bukan-bukan, penat nak rasa tidak normal, penat nak rasa tak fokus dalam kelas, bila lecturer mengajar, 10 minit pertama mampu bertahan, yang lain dah gone, masa tu fikiran dan mula melayang, sampai tahap aku kena picitjari aku pakai kuku biar tersedar kembali ke alam realiti. Masalah yang paling besar, bila orang cakap, aku tak fokus pun, entah kenapa lately, I have short attention span.
Disebabkan anger yang memuncak, aku bertindak mematahkan bedak kompak aku dan aku pecahkan kaca dari bedak kompak tu. Dan aku ambil cebisan kaca dan toreh-toreh tangan aku sambil menangis.
Bukanlah aku nak jadikan sebagai suatu kebanggaan. Tetapi hakikat, ia adalah manifestasi kepada kesakitan yang aku derita.
Harapan aku, moga aku kembali sembuh. Aku tak mahu lagi bergantung kepada orang, semakin aku bergantung, semakin aku lemah, semakin aku downgrade diri sendiri, dan aku benci hal itu.
Cukup aku kenang rakan zaman sekolah, kini, siapa je ada bersama aku saat susah senang aku? Tiada. Masing2 punya komitmen masing2.
Sampai tiba saatnya nanti, akhirnya kita bakal sendiri. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan.
Lagi sekali, semoga aku cepat sembuh. Aku tak mahu lagi tenggelam dalam lautan derita ini. Cukuplah.
Comments
Post a Comment