Skip to main content

Penat, dan Letih, Berehat atau Berhenti?


Wow, setahun dah aku tak usik blog ni. Last update was March 2022. Busy ye nok, dah nak masuk senior year ni. Lagipun, macam-macam sangatlah benda berlaku. Dan bagi aku, benda-benda ini dahsyat, bukanlah namanya dewasa kalau tidak ditimpa perkara yang dahsyat bukan?

Kesihatan mental aku buat masa sekarang memang fluctuate, kalau jatuhnya bukan kepalang.
Bukan sekadar tersungkur, terduduk, tahap merangkak dah ni mencari kekuatan. Tetapi kalau nak dibandingkan tahun lepas dan tahun ini kan, tahap redha aku sekarang ini dah berada di level dewa. Aku tidak lagi memberontak seperti dulu dah. Kadang tu, perlukan aku untuk belek gambar-gambar lama untuk mencari sumber kekuatan, untuk bangkit kembali.

Tahun lepas, bulan Jun, seminggu sebelum clinical exam, aku masuk hospital lagi sebab overdose ubat. Kalau tang tu, kali ke-3 dah overdose. Bukan suatu kebanggaan, tapi setiap kali impulsivity tu datang, macam itulah aku bertindak. Timbang tara baik dan buruk semua dah hilang sebab dihambat emosi dan fikiran yang membinasakan. Dua minggu aku cuti, ujian bertulis pun aku minta untuk diasingkan daripada orang ramai sebab aku anxious bukan kepalang. Lepas itu, clinical aku fail ya anak-anak sebab mental aku, result aku untuk semester berkenaan jatuh berguling-guling sebab mental aku juga.

Aku dah semangat nak kembali ke semester berikutnya, tapi kemudian aku diminta untuk bercuti sebab sejarah overdose aku tiga kali dalam masa lapan bulan. Katanya, untuk bagi aku tenangkan fikiran, berehat secukupnya dan moga kembali dengan mental yang kuat. Iyaa, aku bercuti tapi dalam cuti, aku diuji lagi. Dalam fikiranku, "Ya Allah, apa lagi ni? Apakah ini hukuman? Apakah ini ujian? Jika ini hukuman, ampunkan aku, jika ini ujian, kuatkan aku." Aku pandang dari sudut yang lain, mungkin Allah rindu aku. Mungkin sebab selama ini aku terlalu berusaha dengan diri sendiri, aku lupa bahawa usaha itu sia-sia jika tiada tawakkul dan tiada taqarrub. Mungkin aku lupa bahawa aku ada Allah, jadi ujian menjadi wasilah untuk aku ingat kembali Dia.

Dalam jangka masa sepanjang cuti sakit, kucing kesayangan aku dirembat orang. Atuk aku meninggal dunia. Dua perkara ini amat aku hargai. Aku menangis bukan kepalang. Hari-hari tidur bertemankan air mata. Hari-hari mandi berendamkan air mata. Sampai bengkak-bengkak mata aku jadinya, Sampai adik aku boleh dengar aku tersedu menahan tangis. Aku tak salahkan Allah, tetapi sikap sukar melepaskan itu menjadi penyebab mental aku merudum. Malamku jadi siangku, dan siangku jadi malamku. Bila jadi begini, sudah semestinya kena qadha semula solat. Sebab bila matahari menjelma, barulah aku dapat melelapkan mata. Aku dihambat kesedihan, sehingga menyebabkan aku terlupa bahawa kesayangan kita di dunia ini hanyalah PINJAMAN. Aku ulang, PINJAMAN. Dan kesedihan ini juga membawa kepada overdose (off-record) ubat aku lagi. Seminggu aku barai.

Orang selalu tanya, "Woi, tak sayang buah pinggang kau ke nyah?" Tipulah tak sayangkan. Berani-berani tanya. 😒 Tipulah aku tak rasa menyesal selepas overdose, tapi cara penerimaan aku terhadap sesuatu peristiwa yang besar masih lagi tak boleh dikawal. Aku ada fear of rejection, fear of losing, fear of being scolded, fear of being humiliated, dan disebabkan ketakutan-ketakutan ini, aku memilih untuk 'lari' dengan melakukan perkara tersebut.

Sekembalinya aku ke semester baru bersama kekuatan yang baru, aku menjadi manusia yang bersemangat setiap kali clinical session. Aku tidak takut lagi untuk mengendalikan kes-kes yang susah. Aku berani untuk buat kesalahan dan dengar feedback menarik daripada tenaga pengajar. Rupa-rupanya, ada hujan di tengah hari. Aku sangkakan aku kuat, tapi tidak. Masa itu, aku mula tercari-cari diri yang lama, aku asyik meronta inginkan diri yang lama. Mana Nisa yang kuat tu? Mana dia??? Aku mula dihambat rasa tidak berguna. Nak-nak lagi aku ada masalah kewangan, JPA pulak tak dapat untuk semester ini maka, otak asyik ligan memikirkan kepayahan ayah, keperluan adik-adik aku yang turut berada di universiti. Sebagai anak sulung, aku rasa sungguh tidak berguna.

Puas kawan-kawan aku membantu, tetapi aku masih berpusing-pusing di bulatan yang sama. Aku dah mula berputus asa. Dan, setelah setahun tidak mencederakan diri sendiri, aku akhirnya terbabas. Atas kerelaan aku, pada hujung Mei 2023, aku minta untuk dimasukkan ke wad psikatri di Hospital Tengku Ampuan Afzan. Inmates di sana terkejut, ada yang mengira aku ingin lakukan kajian sebab tengok betapa relaksnya aku membaca novel. Walhal, apa yang aku mahukan kala itu adalah berada di luar kawasan UIA. Aku berkenalan dengan orang-orang baru, lihat ragam manusia dengan pelbagai diagnosis di sana, bipolar, skizofrenia, depresi, psikosis, haa macam-macamlah. Aku jadi ekstrovert sepanjang di sana, memang totally berbeza dengan Nisa di luar. Aku mendengar cerita bagaimana orang-orang di sana masu ke wad berkenaan. Aku berinteraksi dengan mereka, bergurau dengan mereka, melepak dengan mereka, walaupun tiada gajet haha. It was a humbling experience. Misi-misi di sana pun baik-baik belaka. Mereka jaga kami dengan sebaiknya, pastikan kami makan saat jiwa goyah tak mahu jamah apa-apa. Doktor-doktor pun berpengalaman, cuma aku sedikit tak suka dan trauma bila tengok ada yang diikat dan ditenangkan dengan ubat penenang setiap kali agresif. Aku tak suka pemandangan itu.

Keluarnya aku daripada wad, aku menghabiskan sisa cuti aku di rumah. Seminggu aku bermalam di sana ya, memang tak nak masuk balik sebab kena buka tudung (huwaaa) dan seminggu kemudian, aku kembali ke mahallah setelah cuti sakit tamat. Aku kembali dengan rasa berkobar nak menyapa kawan-kawan aku, malangnya, salah seorang daripada mereka tak mahu pun bertemu aku. Aku sedih weh. Aku tahu yang aku sudah berjanji takkan ulangi lagi tapi to my defense, dia tidak berada di tempat aku, dia tidak mengerti, jadi untuk meletakkan kesalahan di pundak aku sepenuhnya, bagiku, itu tidak wajar. I just got out man, I was eager to meeting you but you treat me liddis? Aku sedih.🥲 Seminggu aku tidak ke kelas sebab nak mengelak, mental aku tidak kuat. Macam biasalah, dimarahi pensyarah la sebab aku biarkan mental aku dipengaruhi dengan perkara ini. Kalau dilihat dari sudut pandang yang waras, ia masalah kecil sahaja, tapi itulah, disebabkan penerimaan aku yang tidak memberangsangkan, maka, tahulah aku, mental aku tidak waras.

Seminggu sahaja tinggal sebelum clinical examination. Tapi, aku sendiri melekat di katil sebab kekecewaan yang bukan kepalang. Lagi sekali aku lupa bahawa kawan-kawan ini cuma pinjaman, dan akhirnya, rutin makan aku tidak teratur, I was barely living, nak memulakan hari pun terasa penat. Aku habiskan masa dengan termenung memandang siling, tahu-tahu dah malam, tahu-tahu waktu solat terlepas macam itu sahaja. Mandi apatah lagi, memang taklah. Memang literally melekat di katil, memandang siling, menangis. Makan, apapun tidak. Inikan belajar. Jumaat, dua hari sebelum hari peperiksaan, aku berjumpa penasihat akademik. Kena brainwash (nasihat) untuk aku spare sedikit kekuatan untuk Isnin tu. Sudahlah aku ini orang pertama dalam giliran. Sedikit termotivasi, dan akhirnya, aku berjaya bangkit untuk belajar, dan Jumaat itu juga aku buat confession 'luahan perasaan and how it affects me' kepada kawan aku tu. Hampir 1000 patah perkataan, dah serupa buat esei.

11.00 malam, malam sebelum peperiksaan, masa itu aku dah bersiap-siap nak tidur. Kesilapan aku ialah terbaca status kawan. Apalagi, sedihlah aku bila kawan aku yang tadi tu literally sudah buang aku dalam hidup dia. She deleted my number, remove me from all platforms, she shut me off. Aku sedih sebabnya, after all these years, macam itu sahaja dia buang aku? Aku tak pernah rasa nak buang dia, tapi dia? I was fueled with anger, sadness and despair. Aku baru dapat secebis kekuatan, tapi berhadapan lagi dengan perkara ini. Aku tersungkur lagi. Aku terduduk lagi. I was like, sampainya hati. Sampainya hati buang aku. I tried to sleep sebab esoknya nak bangun awal untuk recap, tapi malangnya aku tak dapat. Perasaan, memori berkawan, semuanya silih berganti. Semuanya malar segar. Aku menangis untuk kesekian kalinya. Akhirnya, around 2 a.m. gitu, I took my pills and swallowed nearly 40 tabs. All of them in one shot. I got ready to end my life. Siap buat nota selamat tinggal. Pada doktor, aku kata tindakan itu out of my impulsivity, sebab, aku tak nak kembali semula ke wad psikatri. Siap aku bertekak lagi dengan doktor sebab perbuatan kali ini lagi intense, pastu alasan pula cikai-cikai begitu, memang susahlah doktor nak percaya. Aku menangis, aku ucap syahadah, aku mohon ampun sangat-sangat sebab menzalimi lagi diri.

Aku pada waktu itu nak lari daripada berperasaan, berfikiran begitu, dan caranya? Iya, dengan membolehkan aku tidur secara paksa melalui ubat. I was rushed to hospital, again. Was sent over to the red zone sebab bacaan ECG, BP tak normal. Aku dikelilingi doktor dan student medic sebab kes aku tu. Petang sikit macam tu, aku dipindahkan ke wad for monitoring. Dekat wad, barulah dapat tidur dengan tenang, walaupun pagi tu aku dah create a chaotic scene. Perasaan aku masa tu? Kosong-sekosongnya. Aku be like, "Terima kasih sebab mendorong aku buat begini. Dan betullah, I deserve someone better. So what for aku menangis meratap lagi?" I promised to myself, that yesterday will be gonna be my last day to cry over her. Aku dapat motivasi lagi daripada doktor-doktor yang merawat aku di sana, memang A class. Nasihat daripada kawan-kawan lagi, mak lang lagi, supervisor lagi. Aku nak hancurkan seluruh hidup aku disebabkan manusia tu? Tidak lagi. I decided to let her go and let her be with her world. She is and will not understand me so kenapa lagi perlu mengemis, bukan? Dua pensyarah melawat aku, terharu betul sebab dapat tenaga pengajar yang baik-baik ni, apalagilah kan benda yang aku cari? Kawan aku siap bungkus barang, teman aku. I have lots lots lots of friends who are better, so why bother to ask for her approval? I was discharged the next day and tengah malam buta tu juga aku balik naik bas ke TBS. Pening lalat, huyung-hayang yang masih tersisa aku persetankan. Sebab macam biasa, nak keluar setting mahallah tu cepat-cepat.

Dan kini, sudah hampir dua bulan aku berehat di rumah. Belum ambil apa-apa exam lagi. Aku dah tak kisah grad lambat ke apa, yang pasti, aku grad juga dan capai cita-cita aku. I was irritated AF before tapi bila dah ada di rumah ini kan, aku makin tenang dan kembali 'jinak', tiada lagi rontaan sukma. Kadang tu ada juga bad thoughts tapi tak adalah sampai nak buat perkara bukan-bukan, aku makin ceria, at least dapat teman adik aku dekat rumah ni. Kesian kakak-kakak dia belajar jauh. Dan harapannya, aku jumpa kembali kekuatan yang aku inginkan. Masih lagi mencari tapi sekurang-kurangnya, keinginan untuk terus hidup itu kian menebal.

Phew, what a journey. Tak sangka aku masih hidup dan moga direzekikan untuk grad tahun depan. Sekian ini sahajalah update aku. Penat, letih tu tak tipulah. Tapi aku dah semakin berlapang dada jadi itulah, tak ada lagi benda yang nak dinukilkan di sini HAHA! Aku dah penat nak taip kata-kata cliche berbaur nasihat, so, whatever will be, will be, que sera sera. Tiber!

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...