Skip to main content

Dah gagal, apa salahnya gagal lagi?


My thoughts of the week:

"Kau ni asyik depress je, cubalah lawan perasaan tu?"

"Boleh tak jangan ikutkan perasaan tu?"

Seandainya melakukan apa yang dituturkan itu mudah, sudah lama aku dapat. Kalau nasib boleh ditukar ganti, dah lama aku suruh mulut2 ini duduk di tempat aku.

Asyik meratap hiba benda sama setiap hari. Walaupun hidup diteruskan, perkara yang lalu masih terus mengejar, mencengkam sukmaku. Cuba beri mereka lalui apa yang Shahrulnisa lalui untuk sehari je. Tak lama pun, sehari je pastu tengok, kau boleh survive ke tak? Atau silap hari bulan, kau yang dijemput ajal lebih awal daripada aku.

Ujian itu berdasarkan kayu ukur kekuatan. Diberikan ujian itu bukti kita ni mampu. Kau tak rasa apa yang aku rasa, sebab kau tak mampu. Andai sahaja kau duduk di tempatku, aku boleh jamin, bukan sahaja tersungkur, silap hari bulan, kau lumpuh!

Andai kau tahu betapa aku sedaya upaya melawan diri sendiri. Melawan fikiran sendiri. Melawan bisikan yang mengatakan, "Kau ialah definisi kegagalan." Cuba sedaya upaya menimbang yang baik dan buruk. Sedaya upaya memastikan akal yang pada ketika ini waras, sentiasa terpelihara.

7 tahun aku berasa diri aku gagal. 

Bermula SPM.

"Kau dapat 10A kan? 1 je kan B. Tak bersyukur"

Andailah kau tahu beratnya beban yang aku rasa di pundak aku untuk terus dapatkan gred yang baik, kau takkan berkata begitu. Pandangan mata kasihan yang diberi guru2 seolah kau ialah kegagalan tatkala gagal dapat straight A sampai sekarang berbekas.

Di Darul Quran.

Masuk kerana pada mulanya aku berfikir, "Oh, semua belum hafaz Quran lagi ni." Tapi bila tahu latar belakang masing2,

"Masuk sebab nak mengulang Quran je."

Pressure. Sebabnya, aku pulun Quran macam mana pun, yang masuk sekadar mengulang ni juga yang top notch. Walaupun mengulang main-main. Segala blood, sweat and tears seakan-akan tidak membuahkan hasil. 

Nama asyik kena panggil sebab prestasi kurang memuaskan. Akhirnya, kerja aku asyik overdose ubat batuk selesema sebab nak tidur sepanjang hari. Kawan2 pun aku dah tak bergaul. Duduk dalam bilik je. Solat dalam bilik je. Kelas pun tak pergi sebab rasa gagal sepanjang masa. 

Lebih menyedihkan lagi, aku dah mula ada tanda-tanda depression masa ni. Semester terakhir di situ, aku kena ulang balik jawab exam sebab gagal. Sedihnya bukan kepalang. Sedih sampai akhirnya menangis sorang2 dalam locker, toreh tangan sendiri.

Masuk asasi UIA pulak.

Depression aku menjadi-jadi. Terasa beban di pundak sebab orang pandang kita graduan Darul Quran. DQ DQ DQ. 

"Wah, akak naqibah!" 

"Aku bukannya DQ macam kau."

What? Aku tahu diri aku macam mana. Tak, jangan samakan aku macam kawan2 DQ yang lain. Aku dengan mereka bagai langit dengan bumi. Akhirnya, aku sendiri tinggalkan persatuan Iqra' yang menjadi tempat perjumpaan alumni pelajar Darul Quran. Aku sendiri yang untie the knot. Bukan sebab mereka, tapi, aku yang tidak layak. Aku tak suka dipandang macam ustazah. Macam aku ni baik sangat.

Pressure tahu tak? Semester 3 asasi aku hampir2 murtad sebab aku rasa Allah dah tak sayang aku. Tapi mujur, ada yang selamatkan aku. Allahuakbar. Alhamdulillah, aku tamat asasi dengan dekan. 

Di peringkat Ijazah Sarjana Muda Audiologi (Kepujian) UIA pulak.

Semester pertama aku jalani kehidupan berdegree ni dengan aman. Tiga bulan cuti sebelum degree aku manfaatkan untuk mengubah kesihatan mental aku ke tahap yang lebih baik.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi malangnya hujan pula di tengah hari.

Tanda-tanda kemurungan aku datang kembali. Kali ini, loker dan bawah katil menjadi comfort place aku. Overdose ubat tu apalah sangat. Minum air sabun tu apalah sangat. Toreh tangan? Lagilah.

Menangis 24 jam. Sedih 24 jam. Masa ni aku tak rasa lagi nak mati. Cuma dengan rakan2 aku kembali tidak bergaul. Nak bergaul macam mana kalau diri sedih 24 jam?

Benda kecil pun boleh buat aku tertekan. Dahla tertekan nak maintain status dekan.

Aku cuba libatkan diri dalam program. Alhamdulillah, sedikit sebanyak membantu aku untuk channel the thought. Keeping me busy while enjoying my life as a student.

Tapi tak bertahan lama. Masuk tahun kedua, aku relapse balik. Nak2 lagi masa Covid-19. Nak adapt dengan suasana online teaching and learning. Pastu balik semula ke kampus untuk program tapi malah aku yang depress. Aku suka menyendiri, duduk di bilik kosong, pergi ke hutan, keluar malam buta sorang2. Stress untuk perkara yang tak perlu.

Aku mulakan habit baru main keyboard. Tapi lama2 aku dah mula tak enjoy buat semua benda.

Mati rasa. Dah tak nak buat apa2 dah. Rasa nak mati je. Rasa hidup ni dah tiada makna. Tahun ketiga aku disahkan ada masalah mental. Tahun ketiga betul2 tahun yang menguji aku sebab keluar masuk hospital akibat overdose.

Ubat pun makin lama makin tidak membantu. Akhirnya pointer aku jatuh. Walaupun aku mohon untuk jawab peperiksan di tempat asing, jatuh juga. Aku bukan lagi dekan. Bukan lagi 3.00. Bawah lagi. Jatuh betul. Aku direhatkan selama satu semester sebab tiga kali overdose dalam masa lapan bulan. Aku tertekan sebab nak maintain the victory. Buat pengetahuan, aku tak bersaing dengan orang, tapi aku bersaing dengan diri sendiri. Payah kan?

Setelah kembali ke kampus, aku kembali dengan minda yang segar bugar. Sekali lagi ia tidak bertahan lama kerana aku ada masalah kewangan. Suicidal lagi. Kena tolak masuk wad psikatri pulak. Duduk seminggu. Sejak menjadi pesakit mental ni, aku memang sunyi. Kawan2 makin tak ramai sebab aku dah jarang luangkan masa dengan mereka. Tapi lepas aku keluar, rupanya kawan baik sendiri pun tinggalkan aku. Dua minggu kemudian, aku overdose lagi. Masuk wad sebab kali ni bilangan ubat yang aku telan sampai berpuluh biji. Entah selamat ke tidak hati dan buah pinggang aku lepas ni.

Tak sempat pun jawab exam, aku dah dicutikan. Kali ini setahun. Haih. Apa lagilah dugaan mendatang. Dua tahun aku delay belajar.

Memang betullah, aku dan kegagalan memang berpisah tiada. Haha.

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...