Skip to main content

Clean, alias, bersih.


6 months already. Lagi beberapa hari mencecah 7 bulan aku come clean tanpa self-harm dan overdosis ubat. Bersih. 


Mungkin juga ini yang dirasakan oleh penagih dadah bila dapat capai pencapaian bebas dadah, walaupun cuma sebulan.


Hari ini makan ubat batuk sebab dah kembali batuk. Dan buat pertama kali setelah sekian lamanya, aku terasa bagai di awangan, sebiji macam yang aku rasa setiap kali mengambil ubat anti kemurungan. 


Tahun 2023, banyak betul pengalaman baru, pahit. Masuk wad psikiatri seminggu, itu antara pengalaman yang paling tak boleh lupa. Kenal macam-macam orang daripada pelbagai latar belakang. Terkurung dalam wad yang umpama penjara bagi orang luar. Hari-hari menyaksikan pesakit skizofrenia, bipolar disorder, dan pesakit psikosis punya ragam. Mujur ada jururawat yang jadi peneman, dan rakan-rakan yang masih berpijak di bumi nyata, kalau tidak, agaknya aku pun turut serta sekali bog*l depan CCTV. 


Dan aku baru tahu yang babak renjat elektrik pada otak pesakit mental itu, betul wujud rupanya. Aku ingat cuma momokan saja. Tapi tidaklah seteruk yang dipaparkan dalam filem. Sejujurnya, aku pun tak berapa arif pasal proses tu. Aku tahu pun daripada perbualan pesakit yang dah pernah menjalani proses tu. 


Sekeluarnya aku dari wad, aku hilang rakan baik. 


Itu cerita bulan 5. Parut pada tangan pun sudah hilang. Nasib aku baik, sebab tak buat luka yang parutnya dalam. Kalau tak, mesti aku nak buat lagi dan lagi.


Sebab sekali kau mencederakan diri, itulah yang kau akan kerap lakukan setiap kali ditimpa krisis hidup.


Cerita bulan 6 pula,

Aku overdose 40 biji ubat depression. Kena masuk zon merah. Doktor berkumpul. Sebab badan aku tak bagi reaksi. Ritma jantung pun tak normal.


Masa tu, doktor hanya bergantung kepada aku sebab pergi ke hospital pun dah lambat. Aku dah siap buat nota bun*h diri lagi kalau terjumpa aku tergeletak tidak bernyawa. 


Bayangkan setiap hari aku ditemani air mata. Sakit tapi tak tahu di mana. Kalau sakit kaki, tinggal berjumpa doktor, dan pada masa tu juga, doktor tahu nak bagi rawatan jenis apa.


Sakit yang tak nampak ni? Pada batin ni? Siapa saja yang tahu? Doktor pun boleh mengira kita menipu sebab ia tidak dapat dibuktikan dengan sepintas lalu.


Tidak seperti sakit pada jasad.


Beberapa jam kemudian, keputusan toksikologi keluar. Nasib baik 40 ubat tadi tak menjejaskan fungsi hati, dan buah pinggang aku.


Nampaknya Tuhan masih sayangkan diri ini dengan beri peluang lagi untuk hidup.


Dan alhamdulillah, hampir 7 bulan aku bersih daripada serangan bahaya tu. Mungkin moody itu ada, tetapi, perkara-perkara berbahaya macam tadi, fulamak. Hilang buat masa ini.


Sekarang ini, 2023 hampir melabuhkan tirainya. Dan 2024 hampir membuka tirainya.


Tiada lain yang aku harapkan melainkan penyakit aku ini tidak kambuh lagi. Kerana sesungguhnya, jika ia kambuh, aku benar-benar akan mati. Dan aku rela.


Sebab penyakit ini memenatkan aku dan orang sekeliling aku. Aku lebih rela mati daripada kembali menjadi beban.

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...