Skip to main content

Derma Darah

Hari ni hari yang sangat penting untuk aku.
Sebab apa? Dapat derma darah, oh yeah!


Okay, since aku duduk UIA Kuantan sekarang ni, IIUM Medical Centre (IIUMMC) kekurangan stok darah berpunca daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan yang kekeurangan stok darah.

Memandangkan IIUMMC ni bergantung dengan HTAA, so parahlah kan situasi ni. Maka, diorang pun bukak kaunter derma darah.

Aku punyalah gigih berjalan dari Mahallah Talhah ke Mahallah Khalid al-Walid (MKAW, mahallah brothers) dengan Shahmie untuk tujuan derma darah. Dalam hati berharap sgt darah aku diterima. Hahahah.

Bila dah check tu, aku pass. Yelah, sebelum ni nak derma darah suh tunggu 18 tahun, aku kan lahir bulan 12, so nak menunggu tu punyalah seksa tahu takk. Oh yeah, berkobar semangat aku, sayangnya, Shahmie (dia ni girl okay) tak lepas since dia join Campus Run siang tadi hahahahaha. Punyalah dia broken, dia pi tinggai aku sorang2. Hampeh punya budak ahahahahaha.

So, masa nurse tu nak cucuk lengan aku, punyalah aku berdebar. Satu, sebab aku agak takut jarum, so nak hilangkan takut tu aku sembanglah benda merapu dengan nurse tu. Dua, aku tak boleh tengok darah aku sendiri. Nanti rasa nak pitam, muntah and so on.

Nak dijadikan cerita, Allah baik sangat dengan aku. Dia taknak bagi aku pengsan kat situ, aku boleh rileks je duduk atas kerusi tunggu darah penuh. Dan aku tak pening langsung. Orang lain aku tengok lembik je hahaha. 

Masa balik, aku dah mula rasa lain macam. Tapi aku tahan je. Bila masuk je bahagian mahallah Talhah tu kan, aku macam tak tahan. Kena stop sebab pening dah datang, aku boleh duk tengah tangga sebab tak larat sangat. Dahlah pergi MKAW kena lalu tangga Firaun tu, balik kat Talhah jumpa tangga lagi alahai.

Sampai bilik, pandangan aku berbalam-balam, sedar je aku tengok aku terjelepuk atas lantai, dengan tudung tak off, baju tak tukar, handbag kat bahu, phone tercampak.

Okay, baru tahu macam mana rasa pengsan tu HAHAHAHAHA.

Rumet boleh pulak tak perasan since compartment kitorang ni ada penghadang, so privacy and tak boleh nampak penghuni pun. Dan memang habit aku suka tido kat atas lantai.

So effectnya sampai skang terasa. Gigil tangan tak yah bincanglah. Badan tak sedap tak yah bimcanglah.

Walaubagaimanapun, aku rasa bangga dapat derma darah, and jenis darah aku pulak memang darah yang dicari-cari HAHAHAHAH. Bangga jap. Hehe.

Okaylah, saya sambung buat tuto physics dulu. Adios!!!

Doakan aku untuk last sem asasi ni ea.

Doakan aku dapat biasiswa.

Comments

Popular posts from this blog

Judge By Its Cover (Err sesuai ke?)

Aku pelikla dengan people nowadays nie. Suka sangat judge orang dari segi luarannya. Tak delah, aku selalu menghadapi situation macam ni. Pergi beli barang orang layan macam hampeh je sebab pakaian aku ialah baju kurung and tudung labuh. Eh selalulah macam ni! Apa masalahnya kalau aku nak pakai baju kurung pun? Pahal? Kolot ker? Selekeh ker? At least aku tutup aurat.. Hmm, maklumlah dah akhir zaman kan? Harap-harap aku terhindar dari sifat begini. Chow dulu! Assalamualaikum~

Lelah.

Lelah, aku memang lelah. Lelah kerana menghadapi  keadaan ini. Penat, memang penat. Penat kerana menghadapi dikau yang tidak tahu menghargai. Aku tertanya, apakah kau akan sedih jika aku tiada lagi di sini? Hari ini. Aku telah menemui jawapannya. Hari ini juga, Aku telah mengetahui  apa yang tersirat di hatimu. Tidak mengapa, aku berdoa agar  kau akan memahamiku. Tidak kira lambat mahupun cepat. -Nisa-

Dan Kerana Tuhanmu, Bersabarlah.

Hari ini aku nak cerita sedikit tentang kesabaran. Selama lebih kurang sebulan setelah aku berjumpa dengan doktor berkenaan masalah kesihatan mental aku, aku belajar satu perkara, yakni, sabar. Sabar, kerana penyembuhan ini merupakan suatu proses. Sabar, kerana berjumpa doktor sekali tidak menjanjikan aku terus sembuh. Sabar, kerana berjumpa doktor tidak bermakna aku tidak akan diserang lagi. Aku nak cerita sedikitlah mengenai pengalaman pertama aku dengan janji temu di klinik psikiatri, pada awalnya, aku sangat look forward dengan sesi tersebut, sebab, yalah, tak sabar nak sembuh kan? Tapi pengalaman pertama aku tidak berakhir dengan baik. Aku gagal menyampaikan cerita aku dengan baik, dan aku rasa doktor tu pun macam rasa aku ni mereka-reka cerita, and the fact that too many interruption while I was talking really really makes me pissed off. Akibatnya, aku pulang dengan rasa drain yang memuncak dan aku merasainya sehingga detik ini, detik di mana aku sedang menaip ini. Dr sambung pre...